Thursday, February 25, 2010

Ingatan terhadap KEKASIHKU..

Kita sering melupakan baginda tetapi insan mulia ini mengingati dan amat menyayangi kita semua. Ungkapan baginda sebelum pergi bertemu Kekasihnya, "Umatku... umatku..." meliputi semua manusia yang hidup semasa kerasulan baginda hinggalah bayi terakhir yang lahir sebelum hari kiamat.

Kita termasuk golongan yang disebut baginda sebagai "ummati". Kita merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh insan agung ini. Nabi Muhammad SAW menangis kerna kita. Menanggung penderitaan kerna kita. Darahnya yang mulia membasahi bumi kerna kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, umatnya.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah: 128)

Nabi Muhammad SAW sayang kita. Hebatnya kasih baginda kepada kita, baginda tak sanggup melihat umatnya terkapai-kapai tanpa pegangan. Terumbang-ambing tak kenal siapa Tuhan. Bergelumang dalam najis kemaksiatan dan kehancuran.

Baginda berkorban segala-galanya demi Islam. Untuk kebaikan umatnya. Kerna kita semua. Namun, apakah yang kita dah buat untuk baginda? Adakah kita telah membuat sekelumit jasa yang boleh membuat Rasulullah bangga dengan kita sebagai umat baginda? Cinta dan kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, apakah kita telah membalas cintanya?

Allah SWT telah memberi kita tempoh semenjak baligh hingga mati untuk kita berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Berselawat ke atas baginda. Menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Menghayati sirah perjalanan hidup baginda. Mempertahankan baginda daripada cercaan kuffar laknatullah. Meneruskan perjuangan dakwah baginda serta memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh baginda. Kita mahu jika Rasulullah masih bersama-sama dengan kita kini, baginda senyum melihat kita. Kalau kita ingat Rasulullah, Rasulullah akan ingat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."



Manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan yang cinta akan dunia;

2. Golongan yang menghadapi konflik antara dunia dan akhirat; dan

3. Golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat.

1. Golongan yang cinta dunia

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Mukminun ayat 37:

"Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula."

Mereka ini juga dikenali sebagai golongan materialis. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan nafsu duniawi. Ini disebabkan mereka langsung tidak mempercayai bahawa mereka akan dibangkitkan dan akan dipersoalkan akan apa yang mereka kerjakan.

2. Golongan yang menghadapi konflik antara dunia dan akhirat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali Imran ayat 14:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."


Mereka menghadapi satu persoalan dalam hati mereka. Mereka tahu apa bahawa mereka akan dipersoalkan pada Hari Perbicaraan kelak. Tetapi mereka berasa sayang untuk melepaskan nikmat-nikmat duniawi. Kadangkala mereka menuntut dunia, kadangkala mereka menuntut akhirat.

3. Golongan yang menjadikan dunia ladang akhirat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-An'am ayat 32:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"


Golongan inilah yang dibentuk oleh dakwah dan tarbiyah Rasulullah. Kelahiran baginda membawa rahmat ibadah. Melahirkan golongan manusia yang hidup mereka hanyalah ibadah kepada Allah SWT. Menjadikan segala kehendak dunia di tangan, bukan di hati. Mereka sanggup melepaskan dunia apabila akhirat meminta kerna dunia tak lekat di hati. Rahmat ibadah membaiki manusia daripada kehancuran disebabkan cinta dunia. Satu penyelamatan yang agung!

Rasulullah SAW juga lahir membawa rahmat akhlak sepertimana ungkapan baginda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Baginda diutuskan untuk membentuk manusia. Daripada berakhlak binatang kepada akhlak manusia. Daripada akhlak Jahiliah kepada akhlak Islam. Oh, apakah yang lebih bererti bagi seorang manusia daripada menjadi seorang manusia itu sendiri? Pengutusan baginda merupakan rahmat yang menaikkan taraf manusia menjadi manusia yang sempurna yang berakhlak dengan akhlak-akhlak Islam. MasyaAllah.

Mari kita renung kembali pengorbanan baginda yang agung untuk KITA. Tak basahkah kelopak mata kita hanya memikirkan seorang insan mulia menanggung segala penderitaan yang berat untuk kita? Layakkah kita menikmati hasil pengorbanan yang agung itu tanpa melakukan apa-apa? Apakah kita telah mengenali baginda, insan yang bersusah payah untuk kita? Atau adakah kita hanya mengenali namanya sahaja?!

Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama mengukuhkan keimanan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda berkorban untuk walaupun tak pernah melihat kita. Berkhidmatlah untuk baginda walaupun kita tak sempat bersama-sama baginda.

Pada suatu hari Rasulullah SAW menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim :puppyeyes:

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang menjadi ikhwan Rasulullah SAW ini. Ingatlah, kalau kita rindu Rasulullah, Rasulullah rindu kita.
:inlove:

Oleh: Ustaz Adni Razak (haluantarbawi)

Wednesday, February 17, 2010

~The mystery of life is not a problem to be solved but a reality to be experienced.~ - Aart van der Leew -



assalamualaikum w.b.t

subhanallah..minggu ini rasanya minggu yang agak hectic kalau nak dikira..
semalam saya dan 3 rakan2 dah selamat menetap di bilik baru kami. bilik yang bakal mencipta sejarah mungkin..(^_^)

hujung minggu pula ada program tamrin nuqaba'- takut pun ada. cuak pun ada. mana la tahu tamrin ni lagi syadid dari tamrin kat ma'ahad dulu..hu2 takut..

dan...
esok ada presentation arab! first time present arab. fully arabic!
macam-macam dugaan datang...kalau nak cerita memang kalah ketebalan buku John Grisham..hu2.. tapi tadi baru je belajar pasal kemahiran penyelesaian masalah..hm..as for me.. ALLAH tidak akan menbebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya..kan..?^_*

sabda rasulullah s.a.w
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

firman Allah s.w.t pula..
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

pendapat saya lagi, jika kita betul-betul dari golongan orang yang beriman, insyaallah pasti ALLAH akan menunjukkan jalan malahan golongan ini tidak akan sesekali mengeluh kerana ujian yang ditimpa ke atasnya...

dan ingatlah, pada saat kita berasa kecundang dan resah, ALLAH adalah sebaik-baik motivator, penolong dan tempat bersandar..

firman Allah s.w.t
"hanya pada Engkau kami menyembah dan hanya pada Engkaulah kami meminta pertolongan"
(Surah al-Fatihah, ayat 5)

dan firman Allah s.w.t lagi..
“Ia berkata: Hanya kepada Allah kesusahan, keresahan dan keperihanku ini aku adukan.” (Surah Yusuf, ayat 86)

Jadi untk apa mengeluh kerana Tuhan yang Maha Berkuasa sentiasa ada di samping kita tidak kira malam atau siang...

" Duhai hati
tabahlah menghadapi ujian hidup
selagi aku boleh bertahan,
aku akan bertahan
kerana inilah bukti keimananku yang tidak seberapa ini.."

~(^_^)~

Monday, February 15, 2010

14 Februari..?

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu 'Idil Fitri dan 'Idil Adha.

Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata, ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berkaitan dewa dan sebagainya. Selain daripada asal usul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan.

Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :


وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا


"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai sesuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah :
"Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan".

SUMBER: I LUV ISLAM...(^_^)

=p..

;)..