Saturday, May 29, 2010

Ruang Rasa...(^_^)

Alhamdulillah... exam dah berakhir..
rasanye inilah masa yang paling saya tunggu2kan,eheh..
tapi tak sampai seminggu, rasa yang paling dibencikan muncul..Inche BosaN, boleh tak keluar dari hidup saya?? hailah

well, nothing much to say..
petang sampai malam ni ada ceramah motivasi kat Batu Berendam, Melaka..

Zzzup..tetibe jer saudari jauh datang mengetuk hati ini... Saudari Rinduu.., boleh tak jangn kacau ketenangan saya? hailah.. tetibe jer rindu family kat Kelantan..sob5
aish...parah ni.. Go ain Go Ain...jgn kalah pada perasaan..hu3

and know what, tyme merayau2 kat internet tadi, terjumpa kata2 yang sangat menyentuh hati saya..
kata " nasihat Imam Sufyan Ath-thauri

Kamu termasuk orang yang bersabar apabila memiliki 3 perkara :

1- Tidak menceritakan musibah yang menimpa diri sendiri
2-Tidak menghebahkan penderitaan yang dialami
3-Tidak memuji diri sendiri

hm..*menggosok2 dagu*
kena reflect diri balik ni...

p/s: but to tell the truth, i am not a patient person at all..(^_*)

em..tadi, tyme tengah marayau-rayau kat internet, again terjumpa satu post menarik..
about FREEMASON..eh silap. bukan FREEMASON tp MOSSAD!.
Actually, dah lama dah tau sal mende ni cuma tak detail sangat..
alang-alang dah terjumpa artikel ni, bolehlah saya kongsikan...kan?

Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab.

Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.

HISTORY
Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan , menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselatan awam( Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri. Jumlah kakitangannya sekarang ialah 1200 orang sahaja.

OPERASI PROFIL TINGGI

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA , KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.
[sunting] Kejayaan operasi

* Mossad berjaya menangkap penjenayah perang Nazi bernama Adolf Eichmann di Argentina pada 1960. Melalui seorang jurugambar bebas, Mossad mendapati Eichmann tinggal di Argentina dengan nama 'Micardo Klement' dan ditangkap pada 11 Mei 1960 . Seterusnya diseludup ke Israel . Rancangan menangkap Josef Mangele gagal.
* Pada 1960-an, Mossad telah mencuri pelan membina kapal terbang Perancis Mirage III bagi membangunkan kapal terbang Israel , Kfir.
* Tahun 1964 perisik Eli Cohen ditugaskan menyediakan laporan di Mesir dan Syria.Di Syria , dia menggunakan nama 'Kamel Amin Tsa'abet' dan aktif di Damsyik. Tetapi 1965 Eli Cohen telah dtangkap di Syria oleh perisik KGB ketika sedang mengendalikan radio frekuensi persendirian dan dihukum mati kerana kesalahan merisik . Dia membuat laporan risikan melalui radio frekuensi, surat rahsia dan melawat Israel.
* 1965 Mossad telah membunuh penjenayah peranmg Nazi , Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil.Beliau dikatakan bertanggungjawab membunuh dan menyiksa serta merogol ramai Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia I.
* Dari tahun 1957-1965 Wolfgang Lotz telah dihantar ke Mesir untuk mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Wolfgang Lotz sebenarnya lahir di Mannheim, Jerman , tahu berbahasa Jerman dan wajahnya menyerupai Aryan dan banyak mendapat maklumat operasi tentera Mesir pada 1965.
* Membantu juruterbang tentera Iraq , Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah memandu pesawat MiG 21 milik Tentera Udara Iraq pada Israel. Puncanya dia didiskriminasi kerana berugama Kristian dan pembasmian etnik Urmia di selatan Turki.

wallahu'alam

=p..

;)..