Tuesday, September 28, 2010

~aRt.....~




assalamualaikum...

yupp. betul learning never exhaust the mind..
and tomorrow, i will learn how to be a referee...@_@
walaupun cuak tak terkata, tapi ape boleh buat..ni trmasuk lam markah amali.
and today's topic is......ART..
rasa nak nangis jer sebab tadi mase oral test individu, dpat atjuk ni..
just imagine, ape la yang mampu saya bebelakn lam mase 3 minit..? truly challenging. impromptu la katakan.
and satu lagi assignment bakal di-print and dihantar esok..yea!!!(^_^)
s0 skarng ni ader 3 lagi assignment before revision week..hu2

well, hari ni jom kita tambah input melalui cerita ini...
p/s: saya terlupa dari website mane cerita ini diambil..=)

assalamualaikum wrt...kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.


Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.


Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.


Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...


Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu??


ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya...insyaAllah..

Monday, September 27, 2010

hari ini,esok dan seterusnya....

assalamualaikum to all.....

hri ni ader oral english. and ktorg di-test cam muet test tapi format berbeza sikit..
and esok pun ader satu lagi test. yang impromptu style...erk!!! this is really my nightmare..! terpaksa recall balik apa yang pernah diajar oleh Kak Marina time KEX dulu...hm...i miss that moment...(^_^)

assignment still lagi bertindan2 lam laptop. memang mendera mental r. asal buka laptop teringat assignment,..hu2 arabic+English language Proficiency + English Language Academic..
ooopss...pertandingn bola baling!! (T_T) kelas kami yang kena arrange-kan pertandingan tu...n guess what... saya terpakse jadi referee...isk2 jangan lah time main tu, tiba2 terkeluar ajaran sesat...hu2

untuk pengisian ilmu buat diri sendiri..jom kita singkap sejarah Imam Nasa'ie...
p/s: ni lah projek kami..and projek alhamdulillah dah dihantar lam pigeon hole ustaz..ho4

IMAM AL-NASA’I
LATAR BELAKANG
Nama penuh Imam al-Nasa’i ialah al-Hafidz Abu Abd Rahman Ahmad bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar al-Khurasani al-Nasai. Beliau digelar (kunyah) sebagai Abu Abd Rahman. Beliau telah dilahirkan pada 215 H di sebuah desa yang terkenal di Khurasan yang bernama Nasa. Panggilan al-Nasai adalah nisbah kepada tempat beliau dilahirkan iaitu Nasa. Beliau wafat pada hari Isnin 13 Safar tahun 303 H di kota al-Ramalah, Palestin ketika berusia 88 tahun.

SIFAT PERIBADI IMAM AL-NASA’I
Imam al-Nasa’i merupakan seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang tampan dan berwajah yang berseri-seri. Beliau sentiasa menjaga serta memelihara dirinya terutamanya ketika berada di dalam pemakaman, pemakaian serta keseronokan. Beliau sentiasa bersungguh-sungguh di dalam ibadahnya pada waktu siang dan malam serta sangat menitik beratkan kepada haji dan jihad. Di samping itu, Imam al-Nasa’i mengerjakan puasa sepertimana puasa Nabi Daud A.S. Beliau mempunyai empat orang isteri

KISAH KEWAFATAN IMAM AL-NASA’I

Pada tahun 302 H Imam al-Nasa’i telah berpindah dari Mesir ke Damsyiq. Pada ketika itu, pengikut Muawiyah telah bertanya kepada beliau perihal Imam al-Nasa’i yang lebih mengutamakan Saidina Ali k.w berbanding Muawiyah. Lalu Imam al-Nasai menjawab: “Ali lebih afdhal dalam segala segi daripada Muawiyah”.

Ketika penyokong Muawiyah menanyakan soalan mengenai hadith yang menyatakan keutamaan Muawiyah, maka Imam al-Nasa’i menjawab : “Aku tidak pernah mendengar adanya hadith tentang keutamaan Muawiyah selain hadith yang menyatakan: “La asyba allahu batnahu” (semoga Allah tidak pernah memberinya rasa kenyang di perutnya).”

Mendengar ucapan Imam al-Nasa’i tersebut, maka penduduk negeri Syam telah menghalau beliau, sehingga beliau keluar dari masjid dalam keadaan cedera parah. Kemudian beliau berpindah ke kota al-Ramalah di Palestin pada bulan Zulkaedah tahun 302 H dan wafat di sana pada hari Isnin 13 Safar tahun 303 H.

Menurut al-Hafiz Abu Hasan Dar al-Qutni: “Setelah Imam al-Nasa’i mendapat tekanan di Kota Damsyik, maka beliau minta segera dipindahkan ke Kota Makkah. Beliau wafat sebaik sahaja tiba di kota tersebut dan dikebumikan antara Safar dan Marwah ketika berusia 88 tahun.

PENCARIAN ILMU IMAM AL-NASA’I

Imam al-Nasa’i memulakan pengajian semasa berusia 15 tahun iaitu berguru dengan Qutaibah bin Said pada tahun 230 H. Kemudian, beliau telah mengembara ke negeri-negeri Islam yang terletak di barat dan timur semenanjung Arab seperti Khurasan, Iraq (Baghdad, Kufah, Basrah), al-Jazirah (Hiran), Syam, Tharwar (sempadan antara negeri Islam dengan Rom), Hijaz dan Mesir.

Antara guru beliau yang terkenal ialah Yahya bin Musa (230 H), Muhamad bin Abdullah bin Amar al-Mausili al-Hafiz Imam Sheikh al-Mausili (242 H), Ahmad bin Muni al-Hafiz al-Hujjah Sahib al-Musnad (244 H), Uthman bin Abi syaibah al-Hafiz Sohib al-Musnad wa al-Tafsir (239 H), Mahmud bin Ghailan al-Marwazi al-Hafiz (239 H), Sa’ad bin Yaakub al-Taliqani al Hafiz al-Hujjah al-Jiwal (244 H), Isa bin Hamad Zughbah al-Hafiz al-Misr (248 H), Duhaim Abd. Rahman bin Ibrahim al-Hafiz al-Kabir al-Faqih Muhaddith al-Syam (245 H), Ibrahim bin Yusof (239 H), Hanad al-Siri Sheikh al-Kufah (234 H) dan ramai lagi.

Selain itu, beliau juga banyak bergaul dengan para hafiz dan ulamak besar termasuk Abdullah Ibn Ahmad al-Tursusi dan Abu Basyar al-Dulabi. Antara ilmu yang dikuasai oleh Imam al-Nasai ialah ilmu Hadith, ilmu Jarh wa al-Taadil wa makrifah al-Rijal, ilmu Ilal al-Hadith adan ilmu al-Fiqih.

MURID-MURID IMAM AL-NASA’I

Kebanyakan murid-murid Imam Nasa’i adalah daripada kalangan perawai-perawi hadith dan para ulama’ seperti Imam Abu Qasim al-Tabarani, Abu Ali al-Hussien Ibn Ali al-Hafiz al-Niyamuzi al-Tabarani, Ahmad Ibn Umair Ibnu Juhsan, Muhammad Ibn Rasyid, Abu Hasan Ibn Kazlam, Abu Said al-Arabi, Imam Abu Jaafar al-Tahawi, Muhamad Ibn Harun Ibn Syuib, Ibrahim Ibn Muhamad Ibn Salleh Ibn Sinan dan Abu Bakar Ahmad Ibn Ishaq al-Sunni al-Hafiz.

KITAB-KITAB KARANGAN IMAM AL-NASA’I

Imam al-Nasa’i menghasilkan banyak kitab dan kitab-kitabnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang dicetak dan yang tidak dicetak. Antara kitab karangan beliau yang dicetak ialah:

i) Al-Sunan al-Sughra (al-Mujtaba atau al-Mujtana)
ii) Al-Sunan al-Kubra
iii) Al-Kuna
iv) Khasais Ali
v) Al-Tafsir
vi) Al-Duafa’ wa al-Matrikun

Antara kitab karangan beliau yang belum dijumpai atau tidak dicetak ialah:

i) Musnad Ali bin Abi Talib
ii) Musnad Hadith Malik
iii) Asma’ al-Ruwad wa al-Tamyiz bamahun
iv) Al-Ikhwah
v) Al-Trab
vi) Musnad Mansur bin Zazan
vii) Al-Jarh wa al-Taadil

=p..

;)..