Saturday, January 5, 2013

~Cuti~

assalamualaikum
^.^
 
hari ni hari kelima untuk tahun 2013.
new semester.
 
hari ni sebenarnya nak citer sal holiday bulan 12 ai tu..
huhu
 
orang jakun yang excited naik flight..^.^
 
alkisahnya, 
bulan 12 hari tu, saya and family bercuti kat rumah my abang.
dia kerja kat Miri.
so, kami kena naik flight 2 kali. dari Kota Bharu ke KL.
and dari KL ke Miri.
semua my siblings join kecuali adik yang kedua.
reason?
sebab dia baru je balik dari Bandung, rombongan maktab dia.
plus, dia pun ada kem kat Pondok Kandis.
 so, yang perginya enam orang je termasuk saya, mama, ayah, kakak, adik and mokcik
^.^
 
takde keje atas flight..
 
hari first, kami jalan-jalan kat pasar Miri je.
pasar dia bersih and teratur.
masa kami pergi tu, musim buah durian daun. 
so, banyaklah jumpe buah tu.
mama and mokcik la yang excited nak merasa buah tu.huhu
honestly, i don't like its taste. bau dia macam bau pastry. and saya tak suke bau pastry.huhu
 
durian daun kat Miri..durian dia comel2
hari kedua,
abang plan nak gi jalan-jalan kat Brunei. 
rupa-rupanya, tempat abang tinggal tu, tak jauh mana pun dengan 
imigresen Miri-Kuala belait (Brunei). 
so, pagi-pagi lagi kami bertolak dengan Toyota Unser uzur yang abang sewa dengan tauke cina.
  
my Ayah..actually dia nak brgambar dengan Honda Civic kat sebelah tu..tapi Honda tu tetibe je perasan.sudahnya, nampak sipi2 jela..haha
 
kat Bandar Seri Begawan,
kami jalan-jalan kat pasar.
tak habis2 pasar.hahaha. mestilah! barang kat sana mahal. jangan harap lah nak gi shopping mall! hahaha
mata wang brunei asenye dalam 2 3 kali ganda ng mata wang kite.
bayangkan lah, rm500 (malaysia) = 200 dollar (brunei) 
tapi harga dia sama je ng kite
contohnya : kalau air mineral malaysia harga rm2. brunei pun 2 dollar.
oh tidak....baik bawak air masak dar rumah je.titik. hahaha
 
my Mama.. tu tiket tol kat Brunei asenye..
then,
kami jalan-jalan kat dataran Bandar Seri Begawan.
em..macam astaka la.tempat orang berkumpul.
pastu, kami berhenti solat kat Masjid Omar Ali Saifuddin.  
SubhanaLLAH..masjid dia sangat cantik.besar. selesa.
tapi masa kami pergi tu, tak ramai orang. lengang je.
even, kereta yang lalu lalang pun tak banyak.
sunyi je bandar dia.huhu
 
kat astaka Bandar seri Begawan

depan Masjid Omar Ali saifuddin
 
My Ayah and Abang pun nak bergambar jugak..huhu
then, kami bertolak untuk ke Limbang, Sarawak. 
nak pergi Sabah, kena lah cross Limbang, and Brunei 'kecil' (ni kami yang letak nama huhu)
kalau korang perasan, negara Brunei ni bentuk dia macam 'W'
yang tengah-tengah tu la Limbang.
kami ni masalah sikit. masuk bandar pandai. tapi nak keluar bandar tu yang stress.hahaha
Alhambdulillah, rakyat brunei ni baik2.
Allah hantarkan sorang pakcik ni. dia siap tunjukkan jalan sampai simpang nak masuk imigresen Brunei-Limbang.huhu
 
dari Miri-Brunei-Sabah
 
Imigrese Limbang, Sarawak
lepas je cop pasport kat imigresen Limbang,
kami terpaksa beratur hampir 3 jam!
sebab jalan jam. 
reason?
sebab kereta2 sume beratur nak naik feri 
dari Limbang ke Brunei 'kecil'.
masa tengah bosan menunggu lam kereta tu,
kami ni punyalah excited. yelah, dah terbayangkan rupa feri macam kat Lagkawi tu..
last2..
nilah rupe feri dia yang kiut tu..huhu
 
nila ferinye.. seberang tu kawasan Brunei kecil..feri tu bergerak tak sampai seminit pun..
kawasan Brunei kecil ni macam desa.. tak macam Brunei satu lagi..huhu
dalam 2 jam, kami dah sampai kat imigresen Brunei.
ni nak masuk Sarawak balik. Lawas.
mase ni dah malam. gelap giler.
dahlah kereta yang kami sewa tu lampu dia cam suram-suram romantik.
dengan lampu jalan takde. hujan lagi.
mase kami samapi kat imigrese Brunei-Lawas,
tak banyak kereta yang ada. ada la seketul dua. 
dan jalan nak keluar dari sempadan brunei untuk ke Lawas tu,
MasyaALLAH.. berbukit yang sangat3 curam.
ce korang bayangkan korang naik roller coater.part yang paling tinggi and curam tu mase roller coaster menjunam tu.
ha..macam tu la jalan dia. 
naseb baek tak terus masuk gaung! serius. tyme tu memang kecoh r. 
kenapa sampai nyaris-nyaris masuk gaung?
sebab dia punya jalan memang takleh blah.
dahlah curam and tinggi mase nak naik bukit tu,
dia punye jalan boleh pulak senget sikit masa atas bukit tu..adei..
malam2 buta mana la orang nampak.
 
ok.
akhirnya, kami selamat sampai kat Pekan Lawas, Sarawak.
kami bermalam kat hotel bajet sebab hari dah jauh malam.
esoknya, barulah bersiap-siap ke Kota Kinabalu.
Nak masuk Sabah kena imigresen lagi.
buku pasport tu dah macam ape je.huhu
 
at last...
kami sampai kat Kota Kinabalu setelah menempuh onak duri..huhu
nak naik flight gi Sabah dari Miri xde duit..hahaha.terpaksalah drive je..
memandangkan kami memang shopping kat bandar KK, jadi, barang kat sini takdelah mahal sangat
itu yang boleh borong keychain segala bagai tu..huhu
mama lagi la..
beli segala macam aksesori pearl.rantai la.kerongsang la..
mama bagi cadangan suh beli kerongsang instead of keychain..
tapi memikirkan akhawat2 PAI yang tak bape minat sangat dengan kerongsang yang berjuntai2 tu, saya amek keputusan beli keychain je.huhu
tapi menyesal lah jugak, sebab kerongsang dia cantik and murah..
adei..ingatkan mahal! ces!
jadi untuk merawat hatiku yang rawan ni,
saya rompak seketul dua kerongsang yang mama beli.hehe.
mama steady je. line clear. huhu
 
akhirnye...Kota Kinabalu..here we are
dalam pukul 3 petang,
kami dah bertolak balik.
kan dah gitau tadi kan..
nak masuk bandar memang expert
yang tang nak kelaur tu payah.huhu
Alhamdulillah..Allah tolong kami.
Dia hantarkan sorang Kontraktor non-Muslim ni yang baik hati tlolong lukiskan peta nak keluar bandar. siap bagi shortcut nak ke imigresen Sabah-Sarawak lagi! ^.^
 
sebenarnya, abang plan nak ke Kuala Penyu, tapi memikirkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan dan
yang paling penting..
memikirkan keadaan kereta sewa yang daif, kami batalkan je.
daif?
memang!
masa kat Papar, Sabah (sebelum sampai Kota Kinabalu)
tayar kereta tu pecah!! 
memang r..
menyirap je ngan orang yang bagi sewa tu..
aniaya orang tu weyh..
alat2 nak tukar tayar memamg wassalam r. 
lagi la menyirap..
udahlah ayah ni dari keturunan panas baran..adei..
nasib baik kejadian tu berlaku depan rumah orang..
Allah hantarkan hamba Allah yang baik untuk kami.
kalau tak?
ah..malaslah nak citer..dahlah jauh dari pekan..adei..
 
hm..
tu jela sedikit sebanyak cerita
masa holiday hari tu..
banyak perkara baru yang saya belajar..
baik dari segi budaya, bahasa, jalan..
saya juga belajar mengenai family saya..^.^
belajar memahami..
belajar bersabar..
belajar menghormati..
belajar mengasihani..
belajar bersyukur..
 
airport Miri.....
till then,
salam
 
 
 
 
 
 

Saturday, October 20, 2012

~tak nak mimpi setinggi awan!!

assalamualaikum
this is about a dreamy girl

dah masuk minggu study..
ooh.wait!
study week = exam mode =.=
hate it da most..=.=

hailah..
tiap kali study week, mesti banyak giler godaannye..
time ni la baaaaanyak citer menarik dalam external!
baaaaanyak games menarik yang harus diberi perhatian!
outing tu dah jadi macam hobi pulak!
damn.=.=

and
benda ni sangat lah x selari ng misi saya
which is
nak lulus exam ng jayanya!
muahahahaha
tapi usaha??
oh my..
habuk pun tarak..
malu ok..
 huhu

tu satu hal
satu lagi
saya ni jenis yang bebal sikit...ok banyak..=.=
bace la buku tu dari huruf ke huruf, 
or
sampai buku tu dah tak nampak rupe,
tapi tetap takleh jawab lam exam
experience..olalalalala..sangat la menyakitkan hati
kadang-kadang tu malas nak study..
kawan-kawan yang lain..
tak study tapi pointer gempak ok!
memalukan je aku ni..bajet study..tapi hasilnye..err..argh! malas citer..huhu

uhuk..nak nangis je..huhu
i know..
kalau usaha macam tu tak mampu nak membuahkan hasil, 
sila tambah lagi usaha anda..
i know
tapi once, and twice benda same je jadi..
somehow..saya rasa macam..
'ok dah, aku memang bebal.end of story!'

 
 dreaming is not a crime...=.=

senangnye
kalau saya tak pernah bermimpi setinggi awan..
saya tak perlu tension2..
penat la mimpi setinggi awan ni..
nak turunkan sikit lah level mimpi nih..
nak mimpi..em..
setinggi..
:
:
:

  kapal terbang!
oh yeah!... mr.pilot! haha
at least mimpi saya boleh diselaraskan..
sama ada
berpijak di bumi yang nyata
atau
memintal mimpi-mimpi indah..heee
bila kapal terbang landing..i know i should adjust my dream
bila kapal terbang dah ada kat atas awan..i should adjust my effort for the sake of my dream..
hehe
^.^

heheh..gatal2..
p/s: study la aen oi..asyik buang mase je...! grgrgrrrrr =p

Sunday, September 30, 2012

~assalamualaikum..~

assalamualaikum...
^.^
LOL....=.=
  
********************

knock!
knock!
aku buka separuh-separuh pintu hatiku.
"assalamualaikum, nama saya cinta.izinkan saya bertamu ke dalam.."
lembut suaranya menyapa.
aku senyum,
aku menoleh ke dalam hatiku,
kulihat iman dan nafsu bertingkah .
bertengkar sama ada inginkan cinta bertamu atau tidak.
"biarkan dulu cinta di luar. ini bukan masanya" aku dengar iman bersuara
"ah! apa salahnya cinta masuk? cinta bukannya jahat!" lantang nafsu bersuara.
aku mengerling cinta di sebalik pintu hatiku yang terbuka sedikit.
kulihat dia masih di situ..

***********************

diedit dari nukilan "noor suraya adnan"

p/s: tibe2 teringat quote ni..
macam comel je..jd saya edit tambah perisa yang saya suka..:p

 
yela sangat..=.=

Tuesday, August 7, 2012

~muhasabah cintaku^.^~

assalamualaikum..
^.^
 
Wahai... Pemilik nyawaku 
Betapa lemah diriku ini 
Berat ujian dariMu 
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...



Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

 
edcoustic-muhasabah cinta~






Sunday, August 5, 2012

~ramadhan bulan ujian dan doa~


assalamualaikum
(^.^)

"i PRAY is better than i wish"
 subhanAllah..
Ramadhan kali ni benar-benar berbeza dengan Ramadhan yang sebelum2 ni..

First time sambut Ramadhan dalam keadaan 
kaki tak berapa nak sihat..
subhanAllah..
sakit tu Allah je yang tahu..
 perit!

Tapi tu la..
bila Allah kata JADI,
maka JADILAH benda ni..

sedikit terkilan
sebab musibah ni berlaku bila balik dari terawikh,
udah la tu terawikhku yang pertama..
sadisnye..
maka, terpaksalah aen fatihah hibernate jer kat bilik..
nak ke surau untuk jemaah terawikh,
diri ini tak mampu..
segan nak menyusahkan orang..
yelah..
kite dah la jalan macam siput baby mengandung..nyet.nyet.nyet^.^
pastu nak solat kena solat atas kerusi..
so, konklusinye : hibernate je kat bilik..

hibernate dalam erti kata :
dah tahu kite sakit, pandai-pandailah ganti ibadah terawikh tu ng ibadah lain..
sakit tak semestinya takleh buat ibadah lain!
ye tak?

sepanjang dapat musibah ni,
Allah s.w.t memang betul-betul nak uji r..
pernah jer menitik-nitik air mata
berhari-berhari..
bermonolog : kenapa diri ini yang diuji?
: apa dosa aku bulan2 puasa ni?

and pernah jer
rase macam hampir-hampir putus asa..
yelah..
aen fatihah baru first time dapat luka teruk camni..
takde experience langsung bab-bab cuci luka and nak ubati luka tu..
kalau orang lain,
ada jer yang pernah kena minyak panas la..
ekzos motor la..
jatuh longkang la..
sampai bernanah-nanah..

tapi 
hakikatnya, diri ini tak pernah dapat kecelakaan yang macam tu..
tak pernah pulak tengok nanah-nanah ni secara real..
seriau ! takot...^.^

jadi,
bila kawan cakap benda-benda yang meng-down-kan semangat..
mulalah meleleh air mata..
bila diorang cakap : eh luke ko dah bernanah tu, gi jumpe doktorlah..
: luke kecik kat tangan tu lain, ni luke besar takut kena jangkitan kuman je..
:err..nanah tu makan danging ko ke tu..
=.=

huwaaa..
menitik la air mata bila dengar kata-kata macam tu..
dah lah kita nak balik kelantan hujung minggu ni..
lagi la cuak..
nak uruskan diri mase kat terminal bas lagi
nak angkut beg lagi
nak solat..
 Allah..

pastu, Allah datangkan kawan yang pernah dapat luke macam ni..
dia yang ajar macam mane nak rawat..
and sebenarnye, luke aku tak bernanah pun lagi..
tu memang cecair warne putih untuk tutup luke!
harap maklum! 

kawan cakap,
minyak gamat jangan lupe letak selalu..
aku ni  kan tak tahu pape..
letak sampai ubat pinjam tu tinggal separuh botol dalam mase 4 hari
ambek kau..huhu

tapi tu la...
sekali lagi Allah nak uji
either kita ni yakin dengan DIA atau 
kita lebih yakin ngan minyak gamat tuh.. =.=

asal platelet nak mengering,
curah minyak gamat,
asal platelet nak bercantum
lumur minyak gamat..
mane nak kering luke tuh..huhu
bila tengok keadaan luke macam tuh..
menangis lagi..
terpakse skip kelas
semata-mata nak keringkan luke..

semalam,..
Alhamdulillah..
bila telefon mama,
mama and my aunt bagi tips..
tu la..
sebelum ni ego
taknak call mama..
konon-konon kecik hati ngan mama sebab mama busy sampai tak sempat nak tanye
khabar sal anak dier yang manja ni..huhu

Alhamdulillah..
hari ni dah ok sikit..
semoga Allah permudahkan semua urusan..
T.T tak mau balik kelantan ngan kaki terhencut2..sakit..T.T

there is saying :
bila kamu ditimpa sakit dalam bulan Ramadhan ni,
bersyukrlah sebab Allah nak bagi ganjaran yang besar
kerana kamu bersabar dengan kesakitan yang kamu alami dalam bulan Ramdhan ni..

berulang-ulang bace quote tuh..
tapi yelah..
diri ini tak sekuat mane..
orang tak tahu apa yang kita rase..
walaupun setiap hari recite al-mathurat
"Allah tidak akan membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya.." al-baqarah :286

tapi still..
iman ni berbolak balik..
saat diri ini rase cam nak putus asa
Alhamdulillah..tyme recite al-Quran lepas maghrib hari tu,
Allah datangkan ayatnya : 

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesengguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, 
hanyalah orang-orang kafir."
Yusuf:87 

saat bace ayat tuh,
bercucuran air mata..
subhanAllah..taknak termasuk dalam golongan kafir..
aen kena kuat!
astaghfirullah..

dan sampai ke hari ini..
saya masih lagi macam ni..
walaupun tak dapat berjalan dengan sempurna lagi
hati saya insyaallah makin tenang..(doakan^.^)

"Allah understands our prayers even when we can't find the right words to say them"



makin boleh menerima qadha' qadar Allah..(doakan jugak^.^)
Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui  tentang tiap-tiap sesuatu..

“atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)” 
an-Naml : 62

dan hingga ke hari ini
jangan pernah putus asa dari rahmat Allah..InsyaAllah
berdoa-dan terus berdoa..
Dia Maha Mendengar
Dia sangat dekat dengan kita, malah lebih dekat dari urat leher kita..

“dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” al-Baqarah: 186

"I worry too much about little things."
dan bersyukurlah
kita sakit tapi ada yang lebih sakit dari kita
kita derita tapi ada yang lebih derita dari kita
kita susah tapi ada yang lebih susah dari kita

"dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan manambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka pasti azabKu sangat berat"
Ibrahim : 7

"akan ada pelangi selepas hujan..^.^ "

Tuesday, July 24, 2012

~soal hati yang tak pernah selesai~

assalamualaikum..

alhamdulillah...
sedar tak sedar dah masuk Ramadhan kelima..
syukur kerana Allah masih mengurniakan tubuh yang sihat
untuk mengerjakan ibadah puasa..
(^_^)

kali ni..
diri ni cuba untuk melangkah luar dari topik kebiasaan..
huhu

kata orang
jika kita berani untuk memulakan sesuatu perkara,
jangan mengada-ngada nak berhenti separuh jalan pulak...
pandai memulakan,
pandai-pandailah mengakhirkannya..

gulp..
*telan air liur*
monolog hati : kau yang pandai2 memulakan benda tu, so pandai2lah akhirkannya..
monolog hati lagi : tau2...tapi benda ni melibatkan hati dan perasaan kan..?
statusnya : it's complicated


bagi saya
hidup ni ibarat kita beli novel kat mph..
once kita beli, dah takleh return balik..
either isi kandungan dia o.k ataupun k.o..
that is your choice!...
nak tak nak..
kena baca samapai habis..
either dengan rela hati,
atau separuh rela,
atau baca sepintas lalu,
atau tak baca langsung! baca ending jer..huhu

tapi
tu la..
hidup ni laaagi complicated..(T_T)
azam diri ini : aku mesti habiskan jugak "benda ni"!
50% hati ini : tak tahu macam mana nak akhirkannya....(-.-;)
45% lagi : takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..
5% lagi : who knows that's he's the one kan??? (macam mustahil..=.=)


oh hati..
tetaplah dikau..
alang-alang bulan ramadhan ni...
tolonglah berubah ke arah yang lebih baik..
mohon putihkan balik dirimu.
seperti mana saat dirimu tak pernah mengenal
tentang semua ini...



disebabkan benda2 ni la
diri ini lalai dalam memikirkan masalah ummah..
banyak lagi perkara lain yang perlu diberi perhatian cik aen ooooiiii....=.=

konklusi hati : i hate to be in this circumstances!!!
May Allah guides me..always..always


semoga ramdhan kali ni
menjadi satu platform untuk saya mentarbiah hati
mendidik diri
supaya sentiasa memperbaiki diri.. insyaallah
kerana
bila Allah dah bukakkan pintu hati kita untuk dekat denganNya,
itu bermaksud Allah masih lagi ingat kita,
menarik kita supaya terus dekat dengan Dia
pada saat kita hanyut dengan seronoknya logamaya dunia..

diri ini
sangat takut andai beberapa saat nanti,
pintu hati ini semakin tertutup sedikit demi sedikit dari hidayah Allah
nauzubillah...
dan perkara ini tak mustahil sebab iman manusia
either berkurang atau bertambah jer..
takder nye statik macam malaikat..

ya Allah,
permudahkanlah jalan untuk aku menggapai rahmat dan kasih MU
bukakanlah pintu hatiku untuk menerima cahaya hidayah dan petunjukMU
Bantulah aku di kala aku lemah dengan ujianMU
kurniakanlah kejayaan yang menggembirakan hati kedua orang tuaku,
lindungilah aku dari bisikan nafsu dan syaitan..
tempatkanlah aku dalam kalangan orang yang mulia disisiMU
(T_T)



Monday, July 16, 2012

~~typical stuff & ramadhan kareem~~


si A: weyh..bagi la idea. asyik jadi pak turut jer.. (sindir,sindir)
si B: (sentap)...... ok..ape kate kite wat camni, camni....etc...
si A: eh aku ase takleh camtu..kna mcm ni..tapi kan..blablabla
si B: (..............)

++++++++

assalamualaikum...
(^_^)
itu adalah induksi untuk post kali ni..kui3

em..pernah tak korang alami situasi camni???
agak-agak la kan, ap perasaan orang yang jadi 'si B'?
sentap?
rilek la...kool?
mende kecik jer.. nak kecoh pe..?
owh yeah...
banyak la mende kecik!
kalau aku saya kat tempat si B tu..
memang akan sentap r..

condemn kite kalau kite jadi pak turut jer,
tapi..
bile kite bagi pendapat
haram.
itu tak boleh, ini tak boleh
kadang-kadang tuh
tak amik serius pun pendapat kite
what the hal..??!


tapi selaku marhaen yang hina ini..
diri ini hanya layak untuk berdiam diri je la..
kalau orang buat camtu pun..
kite sabar...
kite diam jer..
takpe..
simpan je dalam hati..
forget? YES
but
forgive? U SHOULD KNOW BETTER la..

and
by the way,
nak mintak pendapat korang la..
adakah anak orang berada or kaya tak layak jadi cikgu?
in short..tak patut masuk ipg..
selalu jugaklah dengar
diorang duk bincang sal mende ni..
and for me..
ada kaitan ke status dengan citra seorang guru?

kenapa mesti nak pertikaikan kalau kita tengok cikgu pelatih bawak bmw pergi praktikum?
ok fine..memang la nampak macam nak tunjuk.."aku kaya weyh"
tapi kita tak kenal dia..
sape tahu tu kereta bapak sedara mak tiri dia ke..
kita takyah la nak judge orang based on their 'status'
kan?

well,
itu opinion saya jer..
no offense k..

btw..enough with that typical stuff!!
...............................................
.....................
.......
..

ahlan wasahlan ya RAMADHAN KAREEM...^-^
semoga ramadhan kali ini lebih memberikan makna terhadap
saya..(*^*)

stratergi perang bulan ramadhan ::

first :: banyakkan bacaan al-quran
2nd :: banyakkan zikrullah
3rd :: top4 ilmu (pembacaan @kuliah)
4th :: kurangkan perkara lagha (u should know better la aen.(-.-;))
5th :: ringankan beban sahabiah2..
6th :: be a GOOD student..(tak boleh tidak...haruslah)

kate nk jadi GOOD student..huhu

may Allah bless
me
you
us
all of us....
(*-*)

HARAPAN RAMADHAN (RAIHAN)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua....


=p..

;)..