Saturday, January 9, 2010

AZAM BARU.....

Menangis kerana takut kepada ALLAH..

"Mereka itu (Malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh." -surah an Nahl :50-

Rasulullah bersabda:

"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada ALLAH kepada ALLAH, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya"

hm...semoga saya pun tergolong dalam kumpulan manusia tersebut...ameen...
menjalani hidup pada hari ini bukanlah semudah abc 123, di hadapan kita terbentang dengan segala macam dugaan, cabaran yang mendatang..

hatta hidup kita sehari-harian pun belum tentu bersih dari segala dosa2 kan?
kadang- kadang tu, agak cuak la..sebab terfikir juga...cukup ke bekalan untuk dijamin AjjannahNYA?
hm...

semoga kita diberi peluang untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah jalanNYA..
insya ALLLAH..

Friday, December 25, 2009

SUBHANALLAH...

sebenarnya video klip ini secara tidak sengaja saya temui dalam blog sahabat maya yang lain..
tatkala melihat video ini, istighfar tak putus-putus mengiringi bibir dan hati..
apalagi perkara keji ini direcordkan di MALAYSIA sendiri..*negara yang kononya negara ISLAM*..

SUBHANALLAH...
namun, saya bukanlah orang yang layak untuk menghuraikan video tersebut.
almaklumlah, ilmu masih lagi cetek.
Lebih-lebih lagi apabila saya terbaca komen-komen yang dihantar pada page tersebut...
hm..masing-masing ingin menyuarakan pendapat sendiri...

Contohnya,macam yang kat bawah tu...

Dia berpendapat macam tu...
HELLTSUNAMI,SADGIRLFALLINHINLO VE DAN FALLENCARNAGE.. korang bertiga nak tak dilucutkan warganegara? sbb,korang bertiga ada 2 pilihan,samada korang meminta maaf pda semua org Islam yg menonton video ini atau pada 1 hribulan 1 2010,ikuti sya pg ke mahkamah tinggi untuk membincangkan pelucutan hak warganegara.. nape? ada yg tak puas hati?

Yang lain pulak komen macam ni..
salam sdara2. mengucap dan selawat byk2. minx maaf mencelah. hrap korang blaja la cintakan agama. bkn skadar melenting bila dihina. nabi pn trima je bila kena mcm2 dulu. napa kita xleh ikot dia? brdakwah dgn hikmah?

baran wat dorang lg salah anggap agama kita.. korang nak ke jd camtu? n itu ke yg diajar dalam islam?

xde ilmu korang nak balas camne? korang ley ke buktikan ape korang ckp? n korang yakin ke ngan jawapan korang?

yg sebaik2nya adalah dengan berdiam diri. melainkan kita ada ilmu. mmg ayat2 dorang menyakitkan hati. tp jgn buat perkara sia2. dorang xkan berhenti menghina islam. ape yg kita boleh buat. cari ilmu dan sebarkan. berdakwah elok2. abaikan je perkara sia2 macam nie. semuanya permainan dorang je. jgn sampai kita dimurkai jugak. kita pn tahu akan kebenaran agama kita. tp x ramai dari kita yg betul2 beramal. betul x? renungkan laa.



Hm...
itulah sedikit malah tak banyak yang mampu saya amik dari page video tersebut...
Walaubagaimanapun, saya mohon maaf jika tersalah tafsir pendapat-pendapat di atas...
maaf...

kepada akhawat serta ikhwan di luar sana, saya juga mohon maaf jika terkhilaf kata mengenai hal ini...
almaklumlah..diri ini masih cetek dalam ilmu agama...

khulasafnya, sama-samalah kita mencari jawapan, apakah yang perlu kita lakukan apabila agama suci kita-ISLAM- diperlekehkan...

WALLAHU'ALAM..

Wednesday, October 21, 2009

Pertama Kali

Alhamdulillah..
dengan rahmat dan inayah dariNYA..
dapat juga saya membina blog ini akhirnya.
terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan buat pensyarah saya di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu yang bertanggungjawab mengajar subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

=p..

;)..