Tuesday, September 28, 2010

~aRt.....~




assalamualaikum...

yupp. betul learning never exhaust the mind..
and tomorrow, i will learn how to be a referee...@_@
walaupun cuak tak terkata, tapi ape boleh buat..ni trmasuk lam markah amali.
and today's topic is......ART..
rasa nak nangis jer sebab tadi mase oral test individu, dpat atjuk ni..
just imagine, ape la yang mampu saya bebelakn lam mase 3 minit..? truly challenging. impromptu la katakan.
and satu lagi assignment bakal di-print and dihantar esok..yea!!!(^_^)
s0 skarng ni ader 3 lagi assignment before revision week..hu2

well, hari ni jom kita tambah input melalui cerita ini...
p/s: saya terlupa dari website mane cerita ini diambil..=)

assalamualaikum wrt...kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.


Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.


Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.


Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...


Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu??


ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya...insyaAllah..

Monday, September 27, 2010

hari ini,esok dan seterusnya....

assalamualaikum to all.....

hri ni ader oral english. and ktorg di-test cam muet test tapi format berbeza sikit..
and esok pun ader satu lagi test. yang impromptu style...erk!!! this is really my nightmare..! terpaksa recall balik apa yang pernah diajar oleh Kak Marina time KEX dulu...hm...i miss that moment...(^_^)

assignment still lagi bertindan2 lam laptop. memang mendera mental r. asal buka laptop teringat assignment,..hu2 arabic+English language Proficiency + English Language Academic..
ooopss...pertandingn bola baling!! (T_T) kelas kami yang kena arrange-kan pertandingan tu...n guess what... saya terpakse jadi referee...isk2 jangan lah time main tu, tiba2 terkeluar ajaran sesat...hu2

untuk pengisian ilmu buat diri sendiri..jom kita singkap sejarah Imam Nasa'ie...
p/s: ni lah projek kami..and projek alhamdulillah dah dihantar lam pigeon hole ustaz..ho4

IMAM AL-NASA’I
LATAR BELAKANG
Nama penuh Imam al-Nasa’i ialah al-Hafidz Abu Abd Rahman Ahmad bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar al-Khurasani al-Nasai. Beliau digelar (kunyah) sebagai Abu Abd Rahman. Beliau telah dilahirkan pada 215 H di sebuah desa yang terkenal di Khurasan yang bernama Nasa. Panggilan al-Nasai adalah nisbah kepada tempat beliau dilahirkan iaitu Nasa. Beliau wafat pada hari Isnin 13 Safar tahun 303 H di kota al-Ramalah, Palestin ketika berusia 88 tahun.

SIFAT PERIBADI IMAM AL-NASA’I
Imam al-Nasa’i merupakan seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang tampan dan berwajah yang berseri-seri. Beliau sentiasa menjaga serta memelihara dirinya terutamanya ketika berada di dalam pemakaman, pemakaian serta keseronokan. Beliau sentiasa bersungguh-sungguh di dalam ibadahnya pada waktu siang dan malam serta sangat menitik beratkan kepada haji dan jihad. Di samping itu, Imam al-Nasa’i mengerjakan puasa sepertimana puasa Nabi Daud A.S. Beliau mempunyai empat orang isteri

KISAH KEWAFATAN IMAM AL-NASA’I

Pada tahun 302 H Imam al-Nasa’i telah berpindah dari Mesir ke Damsyiq. Pada ketika itu, pengikut Muawiyah telah bertanya kepada beliau perihal Imam al-Nasa’i yang lebih mengutamakan Saidina Ali k.w berbanding Muawiyah. Lalu Imam al-Nasai menjawab: “Ali lebih afdhal dalam segala segi daripada Muawiyah”.

Ketika penyokong Muawiyah menanyakan soalan mengenai hadith yang menyatakan keutamaan Muawiyah, maka Imam al-Nasa’i menjawab : “Aku tidak pernah mendengar adanya hadith tentang keutamaan Muawiyah selain hadith yang menyatakan: “La asyba allahu batnahu” (semoga Allah tidak pernah memberinya rasa kenyang di perutnya).”

Mendengar ucapan Imam al-Nasa’i tersebut, maka penduduk negeri Syam telah menghalau beliau, sehingga beliau keluar dari masjid dalam keadaan cedera parah. Kemudian beliau berpindah ke kota al-Ramalah di Palestin pada bulan Zulkaedah tahun 302 H dan wafat di sana pada hari Isnin 13 Safar tahun 303 H.

Menurut al-Hafiz Abu Hasan Dar al-Qutni: “Setelah Imam al-Nasa’i mendapat tekanan di Kota Damsyik, maka beliau minta segera dipindahkan ke Kota Makkah. Beliau wafat sebaik sahaja tiba di kota tersebut dan dikebumikan antara Safar dan Marwah ketika berusia 88 tahun.

PENCARIAN ILMU IMAM AL-NASA’I

Imam al-Nasa’i memulakan pengajian semasa berusia 15 tahun iaitu berguru dengan Qutaibah bin Said pada tahun 230 H. Kemudian, beliau telah mengembara ke negeri-negeri Islam yang terletak di barat dan timur semenanjung Arab seperti Khurasan, Iraq (Baghdad, Kufah, Basrah), al-Jazirah (Hiran), Syam, Tharwar (sempadan antara negeri Islam dengan Rom), Hijaz dan Mesir.

Antara guru beliau yang terkenal ialah Yahya bin Musa (230 H), Muhamad bin Abdullah bin Amar al-Mausili al-Hafiz Imam Sheikh al-Mausili (242 H), Ahmad bin Muni al-Hafiz al-Hujjah Sahib al-Musnad (244 H), Uthman bin Abi syaibah al-Hafiz Sohib al-Musnad wa al-Tafsir (239 H), Mahmud bin Ghailan al-Marwazi al-Hafiz (239 H), Sa’ad bin Yaakub al-Taliqani al Hafiz al-Hujjah al-Jiwal (244 H), Isa bin Hamad Zughbah al-Hafiz al-Misr (248 H), Duhaim Abd. Rahman bin Ibrahim al-Hafiz al-Kabir al-Faqih Muhaddith al-Syam (245 H), Ibrahim bin Yusof (239 H), Hanad al-Siri Sheikh al-Kufah (234 H) dan ramai lagi.

Selain itu, beliau juga banyak bergaul dengan para hafiz dan ulamak besar termasuk Abdullah Ibn Ahmad al-Tursusi dan Abu Basyar al-Dulabi. Antara ilmu yang dikuasai oleh Imam al-Nasai ialah ilmu Hadith, ilmu Jarh wa al-Taadil wa makrifah al-Rijal, ilmu Ilal al-Hadith adan ilmu al-Fiqih.

MURID-MURID IMAM AL-NASA’I

Kebanyakan murid-murid Imam Nasa’i adalah daripada kalangan perawai-perawi hadith dan para ulama’ seperti Imam Abu Qasim al-Tabarani, Abu Ali al-Hussien Ibn Ali al-Hafiz al-Niyamuzi al-Tabarani, Ahmad Ibn Umair Ibnu Juhsan, Muhammad Ibn Rasyid, Abu Hasan Ibn Kazlam, Abu Said al-Arabi, Imam Abu Jaafar al-Tahawi, Muhamad Ibn Harun Ibn Syuib, Ibrahim Ibn Muhamad Ibn Salleh Ibn Sinan dan Abu Bakar Ahmad Ibn Ishaq al-Sunni al-Hafiz.

KITAB-KITAB KARANGAN IMAM AL-NASA’I

Imam al-Nasa’i menghasilkan banyak kitab dan kitab-kitabnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang dicetak dan yang tidak dicetak. Antara kitab karangan beliau yang dicetak ialah:

i) Al-Sunan al-Sughra (al-Mujtaba atau al-Mujtana)
ii) Al-Sunan al-Kubra
iii) Al-Kuna
iv) Khasais Ali
v) Al-Tafsir
vi) Al-Duafa’ wa al-Matrikun

Antara kitab karangan beliau yang belum dijumpai atau tidak dicetak ialah:

i) Musnad Ali bin Abi Talib
ii) Musnad Hadith Malik
iii) Asma’ al-Ruwad wa al-Tamyiz bamahun
iv) Al-Ikhwah
v) Al-Trab
vi) Musnad Mansur bin Zazan
vii) Al-Jarh wa al-Taadil

Monday, July 19, 2010

SyaiR untuk SemuA

Syair ini saya dapat dari sebuah blog. tyme tu tengah cari karangan bahasa arab yang Ustaz Ridhuan mintak..
tetibe teringat tyme belajar syair arab kat sekolah Ma'ahad dulu...
skrang ni dah jadi kenangan..(^_^)
semoga syair ini dapat mengubat rindu di hati saya + sahabat2 kat luar sana...

P/s: suke maksud syair ni...meaningful

# إِذَا كُنْتَ تُحِبّ #
#Jika sekiranya kamu menyintai…..#


إذا كنت تحب السُرُوْرَ فيِ الحَيَاةِ # فَاحْفَظ بِصِحَّتِكَ
Jika kamu menyintai kegembiraan dalam kehidupan # maka jagalah kesihatanmu

إِذَا كُنْتَ تُحِبّ السَعَادَة فيِ الحَيَاةِ # فَاحْفَظ بِخُلُقِكَ
Jika kamu menyintai kebahagiaan dalam kehidupan # maka jagalah akhlakmu

إِذَا كُنْتَ تحُِبّ الخُلُود فيِ الحَيَاة # فاحفَظ بِعَقْلِكَ
Jika kamu menyintai keabadian dalam kehidupan # maka jagalah akalmu

إِذَا كُنْتَ تُحِبّ ذَلِكَ كُلّه # فَاحْفَظ بِدِيْنِكَ
Jika kamu menyintai kesemuanya # maka jagalah agamamu


dipetik dari blog:http://enotapelajar.blogspot.com/search/label/Syair%20Arab

Saturday, July 10, 2010

...Perang Armaggedon....?

Apakah perang Armageddon ???

Satu peristiwa besar dan perang kehancuran

* Pertemuan strategi perang raksasa yg sudah terlalu hampir waktu berlakunya
* Perang persekutuan-internasional yg akan tercetus dan sentiasa ditunggu2 oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi
* Perang politik dan agama
* Peperangan raksasa dr byk pihak yg terlibat dan akan membawa kehancuran sebahagian dunia dgn sgt besar
* Peperangan yg paing besar dan dahsyat dlm sejarah ketamadunan hidup manusia
* Perang yg dimulai dgn menyeluruhnya perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengataklan bahawa kita akan hidup aman damai dgn termeterinya bbrp perjanjian damai yg selepas itu akan di cabuli oleh musuh2 yg benci thdp org2 yg beriman kpd Allah SWT.

Asal perkataan Armageddon:


* Asal dr perkataan Ibrani dan terdiri dr 2 pktn : “Ar” – yg bererti gunung atau bukit
* “Mageddo” – nama dr sebuah lembah di Palestin yg mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yg akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dr dataran Mageddo di utara smpai ke Edom di Selatan yg jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bhgn Barat dan Bukit Mohab di Timur yg jaraknya 100 batu .
* Para ahli peperangan berpendapat bhw kawasan ini merupakan tempat yg strategik , setiap panglima tentera / angkatan yg dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan
* Perkataan Armageddon adalah sebuah istilah bukannya asing dikalangan para ahli kitab (yg amalkan kitab Taurat, zabur ,injil yg lama) dan disebut juga dlm kitab tersebut ttg akan berlakunya peperangan hebat ini.Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yg beramal dgn kitab asal.

* Nabi Muhammad SAW ada bersabda ” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ” (1) - sahih al Bukhari bab 6 pg 3461 dr Abdullah Ibnu Umar RA.
* Tetapi haruslah dgn syarat juga , tidak membenarkan dgn tanpa usul periksa sabdanya lagi ” apabila ada ahli kitab yg berbicara (ttg agama) maka jgnlah kamu benarkan dan jgn pula kamu dustakan” (2) – sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA
* Maksudnya disini Nabi SAW menganjurkan kita menyelidiki juga apa cerita yg disampaikan oleh para ahli kitab dan jgn percaya bulat-bulat., tetapi perkataan mereka juga kita boleh terima …dan tidaklah ditolak mentah-mentah …

PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YG MEMPERCAYAINYA


* Dlm kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon –(Injil : pg 388 – terbitan darul Thaqafah , Mesir)
* Dlm buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat (AS) di sebut bhw 7 org pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon – (Buku janji yg benar dan janji yg dusta pg .31)
* Presiden AS yg lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yg akan melihat Armageddon” (buku ramalan dan politik pg.66 )
* “…. Segala sesuatu pasti akan berakhir dlm bbrp tahun.. akan terjadi perang dunia yg paling besar ialah perang armageddon atau datarn mageddo…” (Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yg paling besar – Hall Lindus)
* Aku berkeinginan agar aku dpt mengatakan bhw kita akan dpt mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bhw perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. ( Buku janji yg benar dann janji yg dusta pg. 62 / buku ramalan dan politik pg. 37)
* Seorag penulis AS yg bernama Greys Halsl berkata : Kita sbg org2 Kristian percaya bhw sejarah manusia akan berakhir dgn sebuah peperangan yg di sebut sbg Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yg akan memrintah org-org yg hidup dan org yg mati dgn saksama ( ramalan dan politik pg.19)

Kaum Muslimin dan Armageddon Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yg masih tidak mengetahui tentang Perang Armageddon – bahkan ada yg mengatakan perkataan itu hanya ada dalam sejarah filem hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck . Padahal realitinya holllywood yg didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem.Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia utk menghadapinya.Hadith nabi SAW yg membicarakan ttg peperangan ini :” kamu akan mengadakan perdamaian dgn bangsa Rum dlm kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan menadpat harta rampasan perang yg byk, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”- Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dr Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dlm mentahkik hadis misyqat , pg 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai bberapa riwayat.Hadith di atas dgn jelas menerangkan bhw di sana ada 2 buah peperangan yg akan terjadi :

1. Perang dunia Armageddon yg telah byk diketahui oleh semua pihak
2. Peperangan-peperangan , dlm sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar (Malhamah al Kubra).Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang , pihak2 yg berperang dlm pertempuran ini adalah kaum muslimin , menghadapi tentangan dr Rum (Eropah dan AS) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pd awalnya muslimin bersekutu dgn mereka tetapi akhirnya Rum mengkhianati kita dlm perang tersebut.

Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yg kita tunggu sbg permulaan dr huru hara di akhir zaman sebagaimana yg akan diterangkan dlm bahagian seterusnya iaitu bab Imam Mahdi al Muntazar. Perang tsbt juga adalah perang penghancuran dan nuklear yg akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yg tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yg akan diguna pakai dlm peperangan selepas Armageddon (khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti)

http://akmalarif07.wordpress.com/2007/07/30/perang-armageddon-dan-imam-mahadi/

Saturday, May 29, 2010

Ruang Rasa...(^_^)

Alhamdulillah... exam dah berakhir..
rasanye inilah masa yang paling saya tunggu2kan,eheh..
tapi tak sampai seminggu, rasa yang paling dibencikan muncul..Inche BosaN, boleh tak keluar dari hidup saya?? hailah

well, nothing much to say..
petang sampai malam ni ada ceramah motivasi kat Batu Berendam, Melaka..

Zzzup..tetibe jer saudari jauh datang mengetuk hati ini... Saudari Rinduu.., boleh tak jangn kacau ketenangan saya? hailah.. tetibe jer rindu family kat Kelantan..sob5
aish...parah ni.. Go ain Go Ain...jgn kalah pada perasaan..hu3

and know what, tyme merayau2 kat internet tadi, terjumpa kata2 yang sangat menyentuh hati saya..
kata " nasihat Imam Sufyan Ath-thauri

Kamu termasuk orang yang bersabar apabila memiliki 3 perkara :

1- Tidak menceritakan musibah yang menimpa diri sendiri
2-Tidak menghebahkan penderitaan yang dialami
3-Tidak memuji diri sendiri

hm..*menggosok2 dagu*
kena reflect diri balik ni...

p/s: but to tell the truth, i am not a patient person at all..(^_*)

em..tadi, tyme tengah marayau-rayau kat internet, again terjumpa satu post menarik..
about FREEMASON..eh silap. bukan FREEMASON tp MOSSAD!.
Actually, dah lama dah tau sal mende ni cuma tak detail sangat..
alang-alang dah terjumpa artikel ni, bolehlah saya kongsikan...kan?

Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab.

Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.

HISTORY
Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan , menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselatan awam( Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri. Jumlah kakitangannya sekarang ialah 1200 orang sahaja.

OPERASI PROFIL TINGGI

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA , KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.
[sunting] Kejayaan operasi

* Mossad berjaya menangkap penjenayah perang Nazi bernama Adolf Eichmann di Argentina pada 1960. Melalui seorang jurugambar bebas, Mossad mendapati Eichmann tinggal di Argentina dengan nama 'Micardo Klement' dan ditangkap pada 11 Mei 1960 . Seterusnya diseludup ke Israel . Rancangan menangkap Josef Mangele gagal.
* Pada 1960-an, Mossad telah mencuri pelan membina kapal terbang Perancis Mirage III bagi membangunkan kapal terbang Israel , Kfir.
* Tahun 1964 perisik Eli Cohen ditugaskan menyediakan laporan di Mesir dan Syria.Di Syria , dia menggunakan nama 'Kamel Amin Tsa'abet' dan aktif di Damsyik. Tetapi 1965 Eli Cohen telah dtangkap di Syria oleh perisik KGB ketika sedang mengendalikan radio frekuensi persendirian dan dihukum mati kerana kesalahan merisik . Dia membuat laporan risikan melalui radio frekuensi, surat rahsia dan melawat Israel.
* 1965 Mossad telah membunuh penjenayah peranmg Nazi , Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil.Beliau dikatakan bertanggungjawab membunuh dan menyiksa serta merogol ramai Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia I.
* Dari tahun 1957-1965 Wolfgang Lotz telah dihantar ke Mesir untuk mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Wolfgang Lotz sebenarnya lahir di Mannheim, Jerman , tahu berbahasa Jerman dan wajahnya menyerupai Aryan dan banyak mendapat maklumat operasi tentera Mesir pada 1965.
* Membantu juruterbang tentera Iraq , Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah memandu pesawat MiG 21 milik Tentera Udara Iraq pada Israel. Puncanya dia didiskriminasi kerana berugama Kristian dan pembasmian etnik Urmia di selatan Turki.

wallahu'alam

Wednesday, March 31, 2010

1st aPRIL.

Tiap tanggal 1 April, ada saja orang—terutama anak-anak muda—yang merayakan hari tersebut dengan membuat aneka kejutan atau sesuatu keisengan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April atau lebih popular disebut sebagai ‘April Mop’. Namun tahukah Anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentara Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005) SEJARAH APRIL MOP

Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.

Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.

Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentara Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.(rizki)

Sumber: Eramuslim

April Mop Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tak Pantas Dirayakan

Umat Islam sangat tidak pantas merayakan “April Mop” atau “The April Fool Day” karena kebiasaan itu dilatarbelakangi peringatan peristiwa pembantaian umat Islam di Spanyol pada 1 April 1487 Masehi.

“Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Mop tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut, ” kata Cendikiawan Muslim Ir.H.Asmara Dharma dalam tulisannya yang dirilis, di Medan, kemarin.

Ia menjelaskan, perayaan April Mop itu diawali peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Spanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Maret 1487 Masehi.

Kota-kota Islam di Spanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisabon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berhasil dikuasai tentara Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Spanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentara Salib itu berjanji keselamatan dan memperbolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Spanyol dan persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya sandar di pelabuhan langsung dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah karena darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan menjadi April Mop dengan “ritual” boleh mengerjai, menipu dan menjahili orang lain pada tanggal tersebut tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan dengan tidak bolehnya orang yang ditipu dan dijahili itu marah dan membalas, ” katanya. (novel/ant)

sumber eramuslim

Selangkah sejenak

Agaknya, kalau blog ini ada labah2, mungkin dah bersarang d + beranak pinak labah2 tu kan..
Hailah..baru hari ni menjengah laman sesawang ni..rindu memang rindu tapi kekangan tugasan lebih aula..

......yesterday is a history.....

=p..

;)..