Monday, December 27, 2010

~alhamdulillah..~







salam..
alhamdulillah..
result exam ai tu dah kuar..
congrates to all my friends..
sume layak sambung pengajian
ke peringkat
DEGREE..
alhamdulillah..
(^_^)





somehow,
to my
beloved MUM,
sori mama, angh x dapat pointer wt mama nak..
(T_T)
3.7 and above is difficult for your daughter la ma..
huhu..
but
still
i LOVE u..
he2

hu...~
alhamdulillah
2 3 hari ni,
terlalu bnyak nikmat y ALLAH kurnia..

and tetibe aje rasa TAKUT!
takut bila datang ujian
saya tak mampu nak mendepani ujian tu..
yela..
asyik dimanjai dengan perkara ya baik jer..
afraid that
i will keep a long distance with myLORD, ALLAH
nauzubillah minzalik..

saya ingin diri ini
sentiasa di bawah lembayung RAHMATNYA..
saya ingin diri ini
sentiasa mendapat PERHATIANNYA..
saya ingin diri ini
menjadi hambanya yang benar2 layak dengan title HAMBA ALLAH..

amiin
amiin
amiin



and
for da past three days,
saya + my family
bercuti..!
sangat seronok..!
the best m0ment ever, i guess
he..~

akhirnya
BUKIT MERAH LAKETOWN-WATER PARK
berjaya kami takluki..
ha4
p/s: terpaksa tanggung derita kena sun burn! (T_T)

and the best moment is
mase nk g I-CITY
kami tersesat sampai masuk UM..
ha4
kelakar je ziarah UM malam2 buta..
what t0 do..
kami original made from KELANTAN!
he4
masa ni la kami apply term
"rusa masuk kampung"
(^_^)

right,,
tutup buku sal oliday..
letih la
asyik sesat jer..
ha4


saat tercari2 input terbaru
saya terjumpa info mengenai sujud syukur
dan seperti biasa,
banyak khilaf mengenai sujud syukur..
lantaran itu, saya tidak memepunyai keberanian untuk
bercerita mengenai sujud syukur..
p/s: rasanya ustaz+ustazah kena wt assignment sal sujud syukur..
he~~

tapi,
sekadar info yang tak seberapa..
saya kira
ringkas mengenai
SUJUD SYUKUR
masih lagi boleh menjadi sebahgian post terbaru saya..
(^_^)


Dari Abu Bakar: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t.
(HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda:
“Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku.
Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau:
“Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau,
Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk



wallahu'alam..


created by IE





Friday, December 17, 2010

~duNia saYa masih seMpit..~



salam..
alhmdulillah..
at last ,,
no more driving class..

leganya.....!
kalau tak,
msti asyik ase something tengah terbang lam perut..
ape orang kata..?
indigesti0n?
dispepsia?
betul la tuh..

again..
i'm a slow learner and am really scare...
especially tyme ngah drive..
heh..

right, enough of that typical things..
drop that subject..

n0w...
eh silap..tadi
a minute ago, baru terperasan betapa kecil + sempitnya
dunia yang saya lalui skarg..
i mean.. my thinking..

lepas jer baca post terbaru dari saudara penulis Langit Ilahi,
baru persn y kte especially SAYA suka fikir benda y remeh..
org lain siap boleh kupas pasal masalah ummah lagi..
hu2





my bad
my bad
well..
kite xleh jadi org lain kan...
s0, sy kira x salah kan kalau saya nak berkongsi sdikit mengenai artikel
yang saudara Langit Ilahi post...
about
freemason + illuminati
really interesting post..

p/s: izinkan saya copy ye saudara,,=)

"Saya tertarik dengan beberapa mesej yang mengaitkan Justin Bieber, Lady Gaga dengan pergerakan Illuminati dan Freemason. Tidak terlepas juga mesej berkenaan ‘jangan pakai iPhone 4G’ kerana dikatakan bahawa I di situ adalah untuk Israel dan 4G dikaitkan dengan Gold, Glory, God, Girl. Juga mesej berkenaan Upin dan Ipin yang dikatakan bahawa itu juga agenda Yahudi apabila dikatakan Upin dan Ipin ini dalam bahasa sekian-sekian membawa maksud kepada Israel dan benci Rasul. Dikaitkan juga huruf U dan I pada baju mereka adalah USA dan Israel.

Mesej-mesej begini, disebarkan dengan padanan ayat-ayat seperti berikut:

“Pengumuman, untuk mereka yang sayangkan Islam, ini adalah satu penemuan baru….”

“Perhatian, jika kamu semua sayangkan Allah dan Rasulullah, ini adalah hakikat agenda musuh-mush kita…”

“Kalau kita sayangkan Islam, maka janganlah meminati….”

Baik. Izinkan saya cakap satu perkara.

Ini adalah satu bentuk Paranoid.

Sampaikan ada yang tidak faham Islam membacanya, dan berkata: “Gila ke?” dan yang faham Islam rasa ‘tercalar’ kerana bukan begitu sebenarnya yang patut dilakukan sekiranya benar hendak menyebar luas Islam. Tercalar kerana, mesej-mesej begini hanya menimbulkan fitnah kepada cara pergerakan Islam yang syumul dan berteraskan kebenaran yang hak.

Freemason, Illuminati, dan paranoid kita terhadapnya.

Saya suka kita mengkaji. Tetapi kita juga perlu faham bahawa sumber bahan kajian kita adalah sesuatu yang patut kita perhatikan juga. Hatta The Arrivals yang memberikan impak kepada ramai itu juga masih banyak perkara yang patut diperbahaskan, apatah lagi sekadar mesej-mesej rantaian seperti di atas.

Impak buruk daripada paranoid terhadap Freemason dan Illuminati ini adalah, kita membina formula seperti berikut: Jahiliyyah itu adalah Freemason dan Illuminati.

Apakah kerosakan yang dibawa formula ini?

Kita memagari jahiliyyah itu hanya pada Freemason dan Illuminati. Lebih buruk, apa-apa sahaja tanda yang ‘memungkinkan’ itu adalah golongan Freemason dan Illuminati, itu adalah jahiliyyah untuk kita.

Maka terjadilah paranoid seperti mesej-mesej tadi. Yang kita jadi sensitif adalah kepada lambang-lambang Illuminati&Freemason yang mungkin terpampang di mana-mana. Hatta lambang Awakening Records(Syarikat rakaman untuk Sami Yusuf dan Maher Zain) yang berbentuk Piramid pun habis dibantainya sebagai Freemason&Illuminati. Lihatlah sejauh mana kegilaan ini pergi. Nanti selepas ini kalau lambang-lambang itu muncul pada sesiapa sahaja, terus dicop sahaja agen yahudi dan sebagainya tanpa usul periksa.

Kita terlalu paranoid hingga kita nampak bahawa kita perlu membuang agen-agen Illuminati&Freemason, tetapi kita tidak pula membuang jahiliyyah yang lain. Boikot Lady Gaga dan Justin Bieber, tetapi tetap juga meminati dan mencintai selebriti jahiliyyah yang lain. Sibuk dengan Upin dan Ipin kerana apa yang dituduh pada mereka, tetapi tetap lalai dengan kartun-kartun dan anime jahiliyyah lain.

Sedangkan sebenarnya, formula yang patut kita pandang adalah seperti berikut: Freemason&Illuminati adalah sebahagian daripada jahiliyyah. Kita yang faham Islam yang sebenar, faham bahawa kita adalah hamba Allah SWT, sepatutnya menolak SEMUA jahiliyyah, bukan sekadar freemason&illuminati yang merupakan hanya sebahagian daripada jahiliyyah.

Jahiliyyah itu lebih besar. Paranoid kita merencatkan perjuangan.

Kita memberikan perhatian yang besar kepada Freemason&Illuminati kerana kita melihat bagaimana mereka berjaya ‘menyelimuti’ dunia daripada rancangan seperti The Arrivals. Menyebabkan kononnya, dengan kita berjuang menentang Freemason&Illuminati, kita telah menyekat mereka dan menyelamatkan dunia.

Hakikatnya, jahiliyyah itu lebih besar daripada Freemason&Illuminati. Jahiliyyah itulah yang sebenarnya menyelimuti dunia. Menumbangkan Freemason&Illuminati tidak bermakna menumbangkan jahiliyyah itu sendiri. Sibuk menyelongkar rahsia-rahsia Freemason&Illuminati tidak memberikan kemenangan kepada kita. Sibuk menghantar mesej untuk tidak menyokong si fulan bin si fulan agen Freemason&Illuminati tidak akan memberikan kemenangan kepada kita.

Paranoid tadi bahkan merencatkan perjuangan.

Itu Illuminati, itu Freemason, itu Yahudi, itu Israel, itu Amerika. Habis semuanya kita tuding. Kita sibuk dengan perkara yang tidak penting. Kita sibuk dengan perkara yang memang kita tidak mampu berkuasa ke atasnya. Akhirnya kita melupakan kerja-kerja kita yang sebenarnya. Pernahkah kita tanya, apa kita dapat selepas: “Wah, ini semua Freemason rupanya ya?” Selepas itu apa?

Kita tidak sibuk membina ummah menumbangkan jahiliyyah. Kita sibuk menyelongkar Freemason&Illuminati semata-mata.

Sebenarnya, pendapat saya, apabila kita sibuk-sibukkan diri kita dengan Illuminati&Freemason ini, hakikatnya jahiliyyah telah berjaya. Sebab menyibukkan diri kita dalam konspirasi mereka, tidak akan pernah mampu memenangkan kita. Sedang jahiliyyah terus maju merosakkan masyarakat kita, kita sibuk berlari dalam bulatan yang tiada henti.

Tetapi, kalau memandang dengan pandangan yang lebih besar.

Tetapi sekiranya memandang dengan pandangan yang lebih besar, sesuatu yang berbeza akan berlaku. Kembali kepada usul. Apakah usul kepada kebaikan?

Apa yang Allah nyatakan kebaikan, itulah dia baik.

Apakah usul kepada keburukan?

Apa yang Allah nyatakan sebagai buruk, itulah dia keburukan.

Sekiranya kita memahami perkara itu, seluruh jahiliyyah, sama ada Freemason&Illuminati atau tidak, semua akan kita tolak. Kita tidak akan pilih-pilih: “Oh, itu bukan Freemason punya orang, kita boleh ikutlah.”

Kita tidak akan pernah paranoid. Menimbulkan mesej-mesej itu dan ini yang bukan-bukan. Sampai segala huruf I adalah Israel, segala huruf U adalah USA, segala segi tiga adalah Freemason, segala kotak hitam putih adalah Illuminati dan sebagainya. Kita akan ada satu pemikiran yang bersih, dalam berhadapan dengan jahiliyyah yang besar itu.

Kita faham apakah yang patutnya kita lakukan. Pertama bermula dengan diri, kemudian orang yang hampir sekeliling kita, seterusnya kepada masyarakat. Mengajak semua menjalani kembali proses Tarbiyah Islamiyyah sebagaimana Rasulullah SAW memproses semula sahabat-sahabatnya daripada karat-karat jahiliyyah.

Kembali kepada masdar, Al-Quran dan As-Sunnah. Kembali kepada Usul. Mengambil Islam secara total, dan menolak jahiliyyah secara total.

Kamu patut belajar daripada Illuminati dan Freemason

Semata-mata bising tak akan mengubah apa-apa. Belajarlah daripada apa yang kamu tengok dalam The Arrivals. Kalau kamu percaya dengan semua konspirasi yang dinyatakan, walaupun saya tak akan kata semua itu betul, tetapi apa yang saya dapat adalah kehalusan pergerakan Illuminati dan Freemason.

Bagaimana mereka, mempelbagaikan taktik mereka, dan yang menariknya, semua taktik mereka adalah halus. Mereka tidak hanya menyalak-nyalak - Tinggalkan Islam, Jangan Beriman Kepada Allah, Islam Tidak Lagi Relevan, Marilah Berzina, Jom Ingkar Kepada Allah - yang mana nyata sekiranya mereka melakukan demikian, tiada siapa akan pergi kepada mereka, bahkan semua akan sibuk pula mencari apakah itu Islam.

Maka sepatutnya kita kembali melihat kepada pergerakan Islam kita sendiri.

Apakah usaha kita? Strategi kita? Kesatuan kita?

Illuminati&Freemason itu, merancang sehari duakah? Tidak. Usaha mereka semuanya dirancang puluhan tahun. Kita? Belajar pun malas. Bising Illuminati&Freemason punya kerja sahaja pandai. Kita punya kerja ada pernah fikir? Dakwah kita? Tengok paling mudah. Jiran rumah. Apa cerita? Rakan sekelas. Apa pernah kita usahakan? Kawan sebelah kerusi masa kuliah. Apa pernah kita ajak mendalami Islam yang sebenar? Kawan serumah rumah sewa. Pernah dakwah dia?

Kemudian dalam pernah-pernah itu, istiqomahkah? Berterusankah? Berstrategikah?

Saidina Ali pernah berkata: “Kebatilan yang bersistem(berstrategi) itu akan menumbangkan kebenaran yang tidak bersistem(tidak berstrategi).”

Nah. Apa yang kita telah susun? Apa yang kita telah bina?

Tepuk dada sikit. Tanya diri sendiri.

Atau kita hanya tahu bising sahaja?

Semata-mata bising hal Illuminati&Freemason, tak akan boleh menumbangkan jahiliyyah. Bahkan, situasi akan terbalik pula. Orang ikut bising juga, dan semua rasa perjuangan telah selesai hanya dengan bising. Sedang jahiliyyah terus memakan lebih ramai orang, membaham lebih ramai mangsa, mengembangkan teritori mereka.

Penutup: Hentikan Paranoid ini. Ini Fitnah dan menunjukkan kebodohan.

Hentikan. Nasihat saya, hentikan. Hentikan sebar mesej-mesej yang bukan-bukan, mengaitkan segala-galanya dengan Illuminati&Freemason. Ini menimbulkan fitnah yang besar sebenarnya.

Bayangkan ya. Saya ambil contoh mudah. Kes Upin dan Ipin dan kes iPhone 4G. Benda ini menunjukkan tahap paranoid yang menggila. Upin dan Ipin agen Freemason&Illuminati hanya kerana pangkal depan mereka adalah U dan I. Terus menjadikan mereka USA dan Israel. Manakala dilihat pula pada nama Upin yang dikatakan maksudnya ‘Aku Benci Rasul’ dalam bahasa Aramaic, sedangkan ‘benci’ dalam bahasa Aramaic pronaunsinya adalah “d’sonea,”. Lihat? Macam mana UPIN boleh membawa maksud Aku Benci Rasul? Begitu juga dengan nama Ipin yang nyata salah apa yang dituduh ke atasnya.

iPhone 4G juga menerima nasib yang sama. Hanya disebabkan huruf I di hadapan, terus disangkutkan dengan Israel. Ada 4G di belakang, terus direka apa-apa G yang berpatutan. Saya yakin, kalau ada 10G pun, boleh sahaja direka 10 G yang berpatutan.

Dan apa pandangan orang yang membaca semua ini? Ditambah pula membuat kajian membuktikan kebenaran semua ini? Bukankah apabila mereka melihat ini semua tidak lain hanyalah satu paranoia, ini akan memberikan fitnah kepada pergerakan Islam itu sendiri? Memalit lumpur kepada Islam itu sendiri?

Saya suka dengan kajian. Saya senang dengan penyelongkaran yang dilakukan. Tetapi sepatutnya diekstrak manfaat daripada penyelongkaran tersebut. Yakni yang membolehkan ummah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, yang membawa mereka kembali kepada Islam yang sebenar, yang memberikan mereka strategi untuk menentang jahiliyyah, barulah tidak menimbulkan fitnah. Bukan sekadar berseronok: “Yes, berjaya selongkar agenda Yahudi,” tetapi pada masa yang sama, Yahudi tetap terus mampu bekerja dengan senang lenang.

Kita sepatutnya ‘mencederakan’ jahiliyyah, ‘melukakan’ mereka. Bukan sekadar ‘menjerit-jerit’ berkenaan mereka. Dan tiadalah satu jalan pun yang terbukti mampu menumbangkan jahiliyyah, melainkan jalan dakwah dan tarbiyah yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW."

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-illuminati-freemason-paranoid/#more-3313


hm.. inilah serba sedikit perkongsian drpd
saudara penulis Langit Ilahi..

by the way,
mengenai illumiasi dan freemason ni..
actually sy pun dah lama tahu pasal benda ni..
tapi still tak berapa tahu kesahihannya..
bnyk lagi y perlu dikaji..

tapi yang peliknya,
knapa sesetngah orang suka buat kesimpulan awal
just berdasrkan satu tafsiran...?
tak nak kaji dulu..?

and saya setuju dengan saudara penulis Langit Ilahi...
umat Islam skarang ni senang dimanipulasi...

tapi apa pun..
saya sekadar
pen"copy"
+
pengkritik tak bertauliah
semoga post ini memberikan info
dan tidak menyinggung mana2 pihak..

sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah
dan
segala kejelikan itu datangnya dari saya yang hina..

created by ai shine a.k.a IE





=p..

;)..