Wednesday, July 3, 2013

^^menjadi matang bukan senang^^

assalamualaikum..
^^..
wah2.. bukak-bukak je blog ni
terus tulis pasal 'matang'
euw... sangat bajet di situ..
haha
^^..

well,
hal 'matang' di sini tiada kena mengena dengan matang yang anda fikirkan ye
hal 'matang' di sini adalah mengenai kematangan diri saya
yeah
 i am matured enough when i placed Allah as my OBJECTIVE
in my whole life!

betullah..
bercakap memang mudah..
hamboi!!! hari tu, bukan main lagi ajak HANA..
"HANA, jom sesama jadi matang sem ni! yeah.." gelak-gelak..

hakikatnya, 
perubahan tu teramat sulit!
semakin kita ingin keluar dari zaman jahiliyah, semakin dahsyat dugaan yang datang..
ALLAH..


sungguh..
tak terkira berapa kali saya tersungkur..
ikut je tuntutan nafsu..
padahal, dah berazam..
"TAHUN NI AKU MESTI JADI LEBIH BAIK!"
ALLAH..

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kemelaratan, kesengsaraan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." 
(Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

dalam banyak-banyak ujian..
ujian HATI 


paling berat..
hal yang tak leh nampak ni payah!
bagaimana nak jadi IKHLAS?
bagaimana nak KHUSYUK?
bagaimana nak elak LAGHA?
bagaimana dan bagaimana?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?
(QS Al-Ankabut:2). 

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.
(QS al-Anbiya:35).

sebagai contoh..
tadi, UNIC datang IPG...


buat konsert...
kita datang..
kita turut meriahkan konsert tu..
bila ada sesi bergambar and autograf,
kita pun tumpang busy..
huhu..
yeah..thats ME..
kihkih..
 
but
honestly,
saya tak berapa berkenan dengan semua ini.
ah! bajet sungguh diriku...=.=
hoho

yelah, 
sebagai seorang yang bergelar perempuan
haruslah diri ini berasa PERASAN..
berasa GEDik
haruslah kan?
jadi, apakah niat dan tujuan utama kita bila pergi konsert ISLAMIK yang ada unsur DAKWAH tersebut?
ugh..

di sini,
hanya seorang je yang salah!
and orang itu adalah SAYA
hati saya, jadi sayalah yang kena kawal
iman saya, jadi sayalah yang kena baja dan jaga

"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8).
 
jadi, saya berazam untuk terus berusaha dalam proses menuju ke MATANG an
yeah.!

dan betullah lirik lagu yang INTEM lagukan dulu-dulu..


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

..DAMBA KASIH..

p/s; segan sungguh masa bergambar ng abang2 UNIC tadi. jelas giler air muka diorang agak keberatan bila kami gedik nk brgmbr!  ^^..

=p..

;)..