Wednesday, December 28, 2011

~titik hitam dalam kehidupan~


assalamualaikum...
lame tak jengah blog ni..huhu..
biasa la..tak de citer menarik..
ni pun tak de citer menarik..
tapi saje gatal nak menaip..
huhu

alhamdulillah...
hari ni dapat tahu result exam...
uhuk...
i'm happy
=D
tapi sedih gak for my frens...
ade yang kena repeat...
harap awak tabah k...

dulu before exam...
selalu berdoa supaya dapat 3 point sometim.and above...
tup2..memang Allah bagi betul2!...
alhamdulillah...

saya juz nak citer kat sini yang Allah sememangnya MAHA MENDENGAR...
cuma kita perlu sentiasa meminta denganNya...
dan adalah perkara biasa kalau permintaan kita tu dimakbulkan
diringi dengan dugaan daripadaNYA..

itukan salah satu cara untuk Allah meninggikan martabat kita..
=)

tapi make sure kita mintak betul2
and fikir panjang2..
takut apa yang kita mintak tu jadi lain pulak..
and benda yang 'lain' tu la jadi
satu ujian buat kita...

...................................

hah?
tak paham?
ok
to make it simple..
katakanlah...
kita ni menganggur...
tak de keje...
so of course kita berdoa tiap2 hari...
minta dengan Allah bagi kita keje....
kan?
biasalah..manusia memang simple...
hehe
then
alhamdulillah..
kita dapat keje...
tapi
keje pulak tak bez...
gaji ciput, keje bertimbun...
tambah pulak kita keje dengan musuh kita masa kat sekolah dulu...
lagi tensen...
pastu...mesti terlintas kat hati...
nak berenti keje!...
nape aku dpt keje ni..!
tuhan tak adil!....
kan2?

hm..
perasan tak..
ni semua ujian dari Allah...
Allah punye lah sayang kat kite..
apa yang kita mintak DIA makbulkan...
tapi kita tak bersyukur...
kita selalu nampak apa yang buruk jer dalam hidup kita...
seperti satu kisah yang akan saya kisahkan di bawah ini...
nak tahu tak?
hehe..

hoho...dia la yang citer kisah ni kat saye..ahakz *gatal!

******************

kisahnya bermula....
apabila seorang lelaki datang berjumpa dengan seorang ustaz..
lelaki ni asyik merungut tentang kehidupan yang dilaluinya...
dia tak puas hati dengan pekerjaannya sebagai pilot...
dia tak puas hati dengan isterinya yang dikatakan kolot...tak suke bersosial..dan suke membebel..
dia tak puas hati dengan rumah teres 2 tingkat dan kereta toyota camry yang dia miliki....

masa lelaki tu bercerita..
ustaz tu khusyuk je dengar...
kadang-kadang ustaz angguk2 kepala tanda paham..

pastu ustaz tu pun senyum..
ustaz tu mintak lelaki tu keluarkan pen hitam..
marker pen pun tak pe kalau ader..

then ustaz tu gi cari kertas a4 yang polos, mulus lagi putih bersih...
ustaz letak kertas tu kat atas meja kat depan lelaki tu

pastu..ustaz tu tanye..
"apa yang awak nampak?"
mula2 laki tu pelik...
tapi dia jawab gak...
"kertas putih"
ustaz tu tersenyum..

then ustaz tu buatkan satu titik hitam yang sederhana comel kat kertas tu menggunakan pen lelaki tadi....
kat tengah2...

lebih kurang camni r titik comel yang ustaz tu lukis..he~

pastu ustaz tu tanye lagi..
"sekarang ni awak nampak ape?"
dengan konfiden lelaki tu jawab
"titik hitam, ustaz!"

ustaz tu tanye lagi..
and lelaki tu tetap jawab dengan jawapan yang sama...

pastu ustaz tu bersuara
"kenapa mesti lihat pada titik hitam je?
tidakkah kita lihat di sekeliling titik hitam ni terdapat warna putih?
malah titik hitam tu kecik jer...kenapa perlu melihat titik hitam jer...?"

lelaki tadi terpinga2..
ustaz tersenyum..
ustaz sambung lagi..
"bahagia atau tidak hidup kita bergantung pada pandangan kita terhadap
kehidupan kita.."
"kenapa kita selalu melihat pada keburukan dan kelemahan dalam hidup kita sedangkan Allah
mengurniakan banyak kelebihan dan kebaikan di sekeliling kita..."

lelaki itu tersentak..
kemudian dia tersenyum..
pastu bersuara..
"betul ustaz,
kertas ni tetap putih...cuma terdapat satu titik hitam padanya"
"hidup saya tetap indah sebenarnya dengan kurniaan Allah..cuma saya sahaja yang sering melihat titik hitam di sebalik keindahan hidup saya..."

kehidupan yang warna-warni cam burung2 ni...he~

************

yeah...
hidup ni indah jika kita optimis terhadap kehidupan kita
paling penting optimis terhadap Allah..
atau dalam bahasa ustaz kat atas tu-"husnu zon dengan Allah" (huhu)
bersyukur dengan apa yang ada
dan sentiasa bersedia dan tabah dengan ujian daripadaNYA..

ni ustaz yang dengar citer lelaki tadi..hoho *gatal!

Sunday, October 16, 2011

~i$timew@~

assalamualaikum.....
(^_^)



tersebut lah kisah, pada satu malam, kire-kire pukul 2 pagi,
ada seorang kawan ni telefon kawan dia

kawan ni : assalamualaikum..
kawan dia : waalaikumussalam..
kawan ni : tengah watpe?
kawan dia : baru jer selesai online dengan my love...
kawan ni : eh, bile mase awak ade kekasih?? saya tak tahu pun...!
kawan dia : dah lame dah...
kawan ni : hm..*nada tak puas hati* siapa kekasih awak tu?
kawan dia : Allah...baru jer selesai solat..
kawan ni : la...cakap lah dari tadi...aik, dah tengah malam baru solat isya'?
tak baik melewat=lewatkan solat....*bangga dapat nasihat nih..huhu*
kawan dia : saya tak cakap pun saya solat isya'...tapi kalau awak nak fikir yang saya
baru solat isya', terpulang.....-.-
kawan ni : erk...$_$

-.-
saya tak tahu kenapa cerita ini wujud..
huhu...
kadang-kadang manusia suka buat kesimpulan awal...
well,
hipotesis memang tak salah..
tapi su' zon tu yang salah...
kalau awak nak buat hipotesis,
sila buat dalam kertas soalan sains, biologi, fizik atau kimia jer...
ok...?
;D

hm..
perasan tak,
kita sebagai wanita selalu jer mengharapkan
jodoh yang baik?
p/s: tetibe jer lari topik..muaha4

tak payah pergi jauh
say pun macam tu..
hoho *cover malu*-.-


selalu jer dapat mesej yang berbunyi
"wahai wanita yang solehah, jangan risau akan jodohmu kerana
muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita
hanya dengan kecantikan atau lirikan senyuman,
pada bicara manja yang menggoda
pada pujuk rayu seorang wanita yang bisa meruntuhkan imannya.
sesungguhnya, lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita,
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa adam yang engkau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu,
kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan
dan adam yang hadir itu pasti akan melengkapkan
InsyaAllah, insan istimewa itu akan hadir dalam
hidupmu..."

phew....
panjang sungguh nasihat nih..
tapi apa yang saya ingin highlightkan bukan soal jodoh2 ni...
apa yang saya ingin tekankan di sini ialah perkataan solehah dan istimewa pada
untaian kata-kata di atas.
p/s: i dh besarkan tulisn tuh,,,xkan x nmpk2 lagi...-.- huhu

kita sering meminta sesuatu yang terbaik..
tapi pernah tak kita berfikir untuk menjadi yang terbaik juga?
pernahkah kita berfikir akukah wanita solehah itu?

kita selalu meminta sesuatu yang istimewa
namun pernah tak kita terlintas untuk menjadi istimewa juga?

jika kita sebagai wanita inginkan lelaki soleh
begitu juga lelaki...



jangan menuntut terlalu tinggi
andai diri jelas tidak berupaya,
mengapa mendamba suami setampan Yusof
andai kasih tak setulus Zulaikha?
mengapa mengharap suami seteguh Ibrahim
andai diri tak sekuat Hajar?
dan
usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
jika diri tidak sehebat Fatimah....
.....................
tapi
jika hari ini kita terasa ingin berubah,
jangan lengahkan..
mungkin itu adalah hidayah daripada Allah...
siapa tahu kan...



jika semalam aku tak berkesempatan untuk baca al-quran
kenapa tidak hari ini?
al-Quran kan love letter dari Rabb kita...

jika semalam aku tidak berkesempatan untuk tahajud atau bersolat sunat,
kenapa tidak hari ini?

jika semalam aku tidak berkesempatan untuk berzikir memuji Allah.
kenapa tidak hari ini?

jika semalam, aku masih lagi seorang fasik,
kenapa tidak hari ini aku menjadi mukmin?

dosa semalam kita jadikan sempadan
peluang hari ini kita jadikan satu loncatan
untuk kita raih MardhatiLLah...

sama-sama
mencari redha Allah...
(^_^)

dan tukarkan ungkapan di atas kepada

jika aku mendambakan lelaki setampan Yusof
kasih setulus Zulaikha akan aku usahakan,
aku mencari suami seteguh Ibrahim
lalu aku mesti menjadi wanita sekuat Hajar,
aku menginginkan lelaki seperti Ali karamaLLahuwajhah
maka aku harus mengikuti hebatnya Fatimah..



oleh itu,
jom sama-sama mengislahkan diri...
giatkan online kite ngan Allah...
(^_^)



Wednesday, September 28, 2011

bicar@ tentang H@TI




salam
(^_^)
saat musim assignment banyak la
tetibe jer ada mood nak tulis mende ni...
huhu

malam ni saya hanya
nak bicara mengenai hati
hati?
yup!
hati kita..

hari ni saya rasakan yang hati saya sangat
tak sihat..
bukan
bukan hari ni
semenjak dua menjak ni...
hm...

bukan...
bukan sebab tipikal seperti
"berdebar2 because i've fallen for you"

heh
bukan..
tak sihat sebab
semenjak dua menjak ni solat saya tak khusyuk..
p/s: heh gaya macam sebelum ni khusyuk jer...=p
semenjak dua menjak ni hati saya lalai
semenjak dua menjak ni hati saya tepu dengan penyakit hati
contohnya : marah @ jelous @ su' zon
semenjak dua menjak ni saya kurang berinteraksi dengan RABBI melalui hati..




duhai hati...
tolonglah kembali pada fitrah...
i beg you...
duhai hati....
tolonglah terkesan dengan tazkirah yang sering didengari oleh si telinga
tolonglah pudarkan titik hitam terbenam pada mu..
duhai hati...


pesan kawan saya pagi tadi...
(adik husna yang cakap.....walaupun saya tengah main2 ngan si bada lam kelas tadi, p saya dgr tw...huhu)
telah bersabda Rasulullah s.a.w Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

subhanallah...
semoga hati saya sentiasa tergolong dalam kumpulan yang baik2
tak nak yang rosak...
hati yang rosak akan sakit
hati yang sakit akan sukar untuk menerima kebenaran
semoga dijauhkan..

(Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati
tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu).

P/S= IFFAH...tahniah sebab dah brjaya buat blog....mantop r entry mu..huhu...ak segan ni...-.-

Wednesday, August 24, 2011

~em.....eh?!~

salam
(^_^)
lamanya tak update blog...
by the way cik enun a.k.a jiyi..
aku tak sibuk pun..huhu
tapi biasa lah..kadang-kadang sengaja nak menyibukkan diri..huhu

macam yang aku cakap r..
aku bukan tak nak tulis tapi life aku kat maktab
biasa-biasa jer...
kalau graf..graf mendatar..=D
so, nothing much to say la..
p/s: kadang2 tu nak je wt blog baru y ore trdkat x tw..barulah x segn skit nk post sometim..=)


hm...
bulan puasa...
ramadan kareem..
bulan mengislahkan hati..
p/s: bajet jer...padahal tarawih tunggang langgang..al-quran pulak x khatam2...*malu ng Allah*


bulan ni jugak lah banyak
assignment nak kena submit..
10 ramadan terakhir..
time tu la life konon-konon busy..heh..!
rase macam...
err lebih mementingkan hal duniawi jer..
Astaghfirullah..
Semoga pintu keampunan masih terbuka untuk saya...


ha..
satu hal lagi..
asal nak post sesuatu jer,..
saya mesti ada masalah dengan title kat atas tu..
ei...tak suka..
sebab tu la tajuk tu jadi camtu..

and tetibe jer rase sayu..
sebak...
nukan sebab nak balik kampung ke ape..
tapi sebab
assignment yang komplikated tuh..
dah selamat siap..
insyaAllah success..
p/s: sbnarnye esemen ak macm lari taju..tak gitu KAK TON..? huhu..tenaga tu bahan nutrisi ke??? ah lantakla kan..huhu

sepanjang buat assignment ni
banyak sungguh perkara yang saya lalui...
pernah menagis pun ada..padahal tak delah tensen sangat..saje ngada2..(^_^)
dan buat pertama kalinya saya kolaborasi dengan JPP yang hot gitu...ARENIS!!..
terbaik r kamu..huhu
KAK TON dan ARENIS
adalah dua insan yang paling saya salute..
walaupun sibuk ngan tugasan rasmi IPG
tapi still korang tetap dapat buat assignment dalam masa yang singkat..
p/s: bukan macm ak, konon2 stat awal tp ak y plg last submit bahagian ak...tensen jer..soe ye kalian..=)

pengalaman sepanjang menyiapkan assignment ni
takkan saya lupakan
insyaAllah..

dan
buat kesekian kalinya,
post ini memang tak de input untuk korang
saya bukanlah pencerita yang baik
apatah lagi penulis yang baik...
p/s: tensen dengan kelemahan diri..huhu

tambahan pula,
saya jenis yang tak reti nak
cakap sesuatu yang saya sendiri tak buat..
macam..err..
entah...

contohnya
kita duk bagi nasihat
"masa itu emas, jadi kita sebagai orang Islam mesti datang tepat pada waktunya ke majlis..bla..bla.."
tapi last-last
muka kita yang selalu lambat..
hm...


tapi kalau sekadar peringatan untuk
diri sendiri
ok jer...
sebab kalau nak tunggu kita sempurna
baru nak tegur,
sampai bila-bila pun kita takkan
sampaikan nasihat..
(^_^)




semoga kita sentiasa
istiqamah dalam mengislahkan diri
dan
sentiasa rendah diri dalam
menyampaikan risalah Islam...
(^_^)





Thursday, July 7, 2011

~i'm back...~





Salam

Alhamdulillah..setelah berhempas pulas dengan exam week

and dapat balik rumah…

seronok sangat

(^_^)

Mode: super happy

………………………………………………………………………….

Itu sebulan lepas..

Sekarang ni….

Mode: er..fusion..=D

Kenape ye??

1) Sebab pening ngan ISL dan ABM

2) Letih….

3) Kasut kuliah patah! Kakiku merana…huhu

4) Bosan,,,citer lam hard disk dah membosankan…

p/s: kecuali running man..huhu


Bercakap sal citer,

Mase cuti hari tu, baru jer habis tengok citer Mr.Brain

Starring: takuya kimura + mizushima hiro + etc…

Citer dia best..

Eh silap…

Sangat best..huhu

Actually citer dier yang pasal budak kena kidnap

Sal akiyoshi kanako.kalau tak silap la..

Pastu budak perempuan tu kena kurung lam bilik bawah tanah selama

15 tahun!

Sedih sangat bila fikir balik…

Then budak tu jadi pembunuh…

Kesiannye law kisah tu betul2 berlaku..who knows kan..

Pastu pasal citer lam episode terakhir

Yang pasal seorang lelaki

Yang terpaksa dipenjarakan almost 15 years..if I’m not mistaken..

Padahal dia tak bersalah pun…

Laporan forensic sengaja dipalsukan

Then dia yang kena penjara…

Sebab tu la dia nak revenge balik…

Actually dia baik jer..

Sama jer cam budak perempuan tadi..

Revenge..

Kadang2 manusia ni kalau tak diberi guide

Sejauh mana baik pun dia, syaitan tetap jer hasut

Untuk lakukan kejahatan…

Sebab tu kita sebagai manusia kena sentiasa refresh

Dan tajdid amalan kita…

Macam kita makan la..

Kalau kita lapar kita akan makan

Then kita takkan kenyang sampai bila2 kan?

Kita akan makan lagi…huhu

So bagi saya begitu jugak dengan rohani kita..

Setakat solat fardhu takkan mengenyangkan rohani kita kan?

Kena top up dengan amalan2 lain..

Bagi saya yang tak berapa nak alim ni

=D

Cukuplah dimulakan dengan perkara yang simple2..

Then istiqamah..

Insyaallah hidup kita diberkati..

Huhu

Kita sebagai manusia

Pun sometimes mesti rase kosong kalau tak menghadap Allah kan?

Saya tak tahu orang lain tapi bagi diri saya ye..

Rasa cam


“eh cam missing something”

Kadang2 rase cam

“untuk ape aku hidup ni?”

Serius…

Tapi kalau kita sentiasa ingat kat

DIA,

insyaAllah hidup kita lebih tenang..

rase macam..tak sia2 jer masa berlalu

kan?

Tambah2 kalau setiap waktu terluang ditambah dengan

Aktiviti berfaedah..

Contoh yang paling simple:

1) Baca mathurat

2) Solat dhuha

3) Zikir kalau berkesempatan…

4) Top up ilmu agama ke..(readings + listening the ceramah)

Semua tu contoh la..

Tu tak tambah dengan amalan lain yang lagi mantop

Macam qiammullail ke…

(^_^)

Subhanallah..

Indahnya kan?

Semoga Allah memberkati hidup kita sepanjang kita bernafas di bumi ini…

Hlovate quote


“Start the day with something sweet and end it with something sweeter”

p/s: tak tahu la betul ke tak aku tulis nih..huhu

(^_^)

=p..

;)..