Thursday, July 7, 2011

~i'm back...~





Salam

Alhamdulillah..setelah berhempas pulas dengan exam week

and dapat balik rumah…

seronok sangat

(^_^)

Mode: super happy

………………………………………………………………………….

Itu sebulan lepas..

Sekarang ni….

Mode: er..fusion..=D

Kenape ye??

1) Sebab pening ngan ISL dan ABM

2) Letih….

3) Kasut kuliah patah! Kakiku merana…huhu

4) Bosan,,,citer lam hard disk dah membosankan…

p/s: kecuali running man..huhu


Bercakap sal citer,

Mase cuti hari tu, baru jer habis tengok citer Mr.Brain

Starring: takuya kimura + mizushima hiro + etc…

Citer dia best..

Eh silap…

Sangat best..huhu

Actually citer dier yang pasal budak kena kidnap

Sal akiyoshi kanako.kalau tak silap la..

Pastu budak perempuan tu kena kurung lam bilik bawah tanah selama

15 tahun!

Sedih sangat bila fikir balik…

Then budak tu jadi pembunuh…

Kesiannye law kisah tu betul2 berlaku..who knows kan..

Pastu pasal citer lam episode terakhir

Yang pasal seorang lelaki

Yang terpaksa dipenjarakan almost 15 years..if I’m not mistaken..

Padahal dia tak bersalah pun…

Laporan forensic sengaja dipalsukan

Then dia yang kena penjara…

Sebab tu la dia nak revenge balik…

Actually dia baik jer..

Sama jer cam budak perempuan tadi..

Revenge..

Kadang2 manusia ni kalau tak diberi guide

Sejauh mana baik pun dia, syaitan tetap jer hasut

Untuk lakukan kejahatan…

Sebab tu kita sebagai manusia kena sentiasa refresh

Dan tajdid amalan kita…

Macam kita makan la..

Kalau kita lapar kita akan makan

Then kita takkan kenyang sampai bila2 kan?

Kita akan makan lagi…huhu

So bagi saya begitu jugak dengan rohani kita..

Setakat solat fardhu takkan mengenyangkan rohani kita kan?

Kena top up dengan amalan2 lain..

Bagi saya yang tak berapa nak alim ni

=D

Cukuplah dimulakan dengan perkara yang simple2..

Then istiqamah..

Insyaallah hidup kita diberkati..

Huhu

Kita sebagai manusia

Pun sometimes mesti rase kosong kalau tak menghadap Allah kan?

Saya tak tahu orang lain tapi bagi diri saya ye..

Rasa cam


“eh cam missing something”

Kadang2 rase cam

“untuk ape aku hidup ni?”

Serius…

Tapi kalau kita sentiasa ingat kat

DIA,

insyaAllah hidup kita lebih tenang..

rase macam..tak sia2 jer masa berlalu

kan?

Tambah2 kalau setiap waktu terluang ditambah dengan

Aktiviti berfaedah..

Contoh yang paling simple:

1) Baca mathurat

2) Solat dhuha

3) Zikir kalau berkesempatan…

4) Top up ilmu agama ke..(readings + listening the ceramah)

Semua tu contoh la..

Tu tak tambah dengan amalan lain yang lagi mantop

Macam qiammullail ke…

(^_^)

Subhanallah..

Indahnya kan?

Semoga Allah memberkati hidup kita sepanjang kita bernafas di bumi ini…

Hlovate quote


“Start the day with something sweet and end it with something sweeter”

p/s: tak tahu la betul ke tak aku tulis nih..huhu

(^_^)

Saturday, May 7, 2011

-.-can't give you thumbs up-.-








salam..
ok hari ini post terbaru agak cynical..
or
may be
agak meyinggung mana-mana pihak..
but who cares..
malaysia kan negara berdemokrasi...
(^_^)

semalam
alhamdulillah..berkesempatan mengikuti ceramah di salah sebuah sekolah
sampai jer kat sana..
terus excited tengok tajuk yang bakal di'ceramah'kan
pluralisme dan pendirian islam
bestnyer..
dengar-dengar penceramah jemputan pun
hebat..
saya dengar la...
padahal saya tak kenal pun beliau..
well
kat rumah mana pernah tengok forum perdana..
huhu
*mesti geleng kepala kan..*
(^_^)
surat khabar pun tak ada kat rumah..
sebab
ayah saya cakap
kebenaran susah nak cari sekarang ni kat televisyen..
haha..skema tak?

so saya cari la kat
sekolah, ceramah kat medan ilmu kaybee(kononnya),
ceramah kat masjid MADA (kononnya)
and lembaran buku2,surat khabar yang ayah saya beli
huhu
and saya pun dah besar..
pandai2 lah saya banding beza.



and to my surprise
ceramah semalam agak mengecewakan...
permulaan pun dah tahu dah arah tuju ceramah tu..
huhu
nak je balik tapi tak pelah..
ustaz bakri pernah cakap jangan tengok pada orang yang bercakap
tapi tengok pada isi kandungan yang disampaikannya..
tapi..
susah...
sebab kandungan yang disampaikan pun
berbeza or should i say bercanggah ngan apa yang pernah saya baca
dan pernah dengar.
hu..
-.-

and semalam
saya sempat catit(kononnya)
beberapa point2 yang agak
pelik+ berbeza ng apa yang saya bace..
(^_^)

contohnya...
1) penggunaan kalimah Allah oleh penganut lain
2) adakah Bible hanya untk penganut Kristian sahaja?
3) perkongsian raya antara penganut Islam dan agama lain dibolehkan?
dan
banyak lagi..tapi hujah yang lain saya tak jumpa lagi
so saya punya pandangan tak konkrit sangat..huhu

bagi point pertama..
ditegaskan berkali-kali dalam ceramah bahwasanya penggunaan
kalimah Allah oleh penganut agama lain adalah salah
well, suka saya nak berkongsi satu link kat sini mengenai perbahasan ini..
kita boleh jer drop da politics issue kalau rase bias
saya cadangkan link international ulamak,ok?
http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7483&version=1&template_id=104&parent_id=15
ok..
taw..ini bukan link coz saya tak tau macam nak
link kan site nih ngn site satu lagi..
my bad..=p

btw,
kalau berjaya bukak site tu,
eheh, maaflah..
site tu memang versi arab..
so kalau nak versi melayu
let's try this website..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24490:kalimah-allah-al-qaradhawi-persoal-inisiatif-malaysia&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125
dan
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24114:penggunaan-kalimah-allah&catid=83:presiden&Itemid=127

point yang kedua pulak saya rasa
better anda cari sendiri..
(^_^)

ilmu takkan datang bergolek kan..
(^_^)

*mode=malas nk berkontroversi..hu*


Thursday, April 28, 2011

~it's hard t0 saY..~




walau aku senyum bukan beerti
aku selalu bahagia dalam hari
ada yang tak ada dalam hati ini
di jiwa ini
hampa...


ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cobaan hidup
seakan aku hina

tuhan berikanlah aku cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu
biarkanlah aku punya cinta

tuhan berikanlah aku cinta
aku juga berhak bahagia
berikan restu dan halalMu
tuhan beri aku cinta...

ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cobaan hidup
seakan aku hina

tuhan berikanlah aku cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu
biarkanlah aku punya cinta



tuhan berikanlah aku cinta
aku juga berhak bahagia
berikan restu dan halalMu
tuhan beri aku cinta...

(ayushita~tuhan beri aku cinta)

p/s; this is not a typical love song

mesti anda semua anggap lagu ni
khas untuk orang yang cari pasangan..kan?
tak?
good then..
(^_^)

as for me
lagu ni
meaningful..
lebih kepada cinta daripada
Allah...
cinta daripada
sahabat..
cinta daripada
family..



yupp...
TUHAN BERIKANLAH AKU CINTA..
(^_^)

Saturday, April 9, 2011

~ini bukan kontroversi!~


salam..
uh?..dah berhabuk rupenye blog nih..
hu hu

kali ni
saya nak timbulkan satu persoalan..
persoalan yang agak kontroversi bagi anda yang
obses dengan bahasa melayu..
hu hu

soalannya:
"adakah bahasa melayu akan hilang di dunia?"
p/s: agak2 korang la Nik Safiyah ngan Awang Sariyan aci sue aku tak gara-gara isu nih??
=p

biarlah saya yang jawab..
mungkin tak..
sebab
isu ni pernah diperdebatkan dalam
pertandingan debat ala parlimen dan disiarkan secra langsung oleh rtm
masa saya muda-muda dulu..
so, isu ni dah lama
cuma saya jer yang gatal nak bangkitkan balik..

takde kaitan dengan mane-mane peristiwa ok..
baik peristiwa ketua unit saya dimarah oleh pensyarah jabatan tut...
ataupun
peristiwa budak unit agama tiada literasi bahasa..
ouch..that's really hurt..
:)

hm..
bagi saya,
mungkin juga berlaku..
walaupun
Hang Tuah pernah berkata
"Takkan Melayu hilang di dunia"
but i doubt him..
-.0

yang menariknya pasal
bahasa melayu ni..
bahasanya sendiri tidak tulen seperti mana bahasa arab atau lain-lain bahasa
sebab
kebanyakan perkataan bahasa melayu lahir daripada
1.bahasa sanskrit seperti neraka
2.bahasa arab seperti masjid
3.bahasa inggeris seperti botol (bottle)
so, saya masih tercari-cari di manakah keasliaanya..?
no offence k..

di samping itu,
bahasa melayu sendiri sangat senang menerima kata pinjaman dari bahasa asing
usah diambil contoh yang berbatu jauh
lihat sahaja contoh terdekat kita
perkataan "demokrasi"
bukankah perkataan ini diambil daripada bahasa inggeris?
iaitu democracy..

ditambah lagi dengan
kewujudan dialek2 atau loghat2 dari negeri2 yang terdapat dalam negara kita..
sangat banyak..
lalu menyebabkan
sangat sedikit rakyat malaysia yang bertutur dalam bahasa baku
dalam erti kata lain bahasa melayu.
and mostly,
remaja-remaja sekarg
sikit sangat yang bercakap bahasa melayu dengan betul
kecuali kalau ada syarahan atau pidato atau debat
diorg lebih bangga ng bahasa inggeris..

sebenarnya,
kalau nak diikutkan,
bahasa melayu sudah mula terhakis keampuhannya
pada saat buku teks bahasa malaysia diperkenalkan
masih ingtkah lagi anda pada buku teks ini suatu masa dahulu?
atau mungkin sekarang pun masih wujud lagi?
pelik betul..
kalau bahasa malaysia..bermaksud buku teks tu
perlu ada semua bahasa dalam malaysia ni..
kan?

dan isu ppsmi yang sibuk diperkatakan
dua tiga tahun lepas pun dah membuktikan
bahasa melayu sendiri
hampir kalah dengan bahasa penjajah..
dan kalau nak cerita pasal ppsmi nih menurut sudut pandngn saya
sangat panjang..
so, kite ketepikan dulu...
huhuhu



sekarang ni timbul satu malaysia pulak..
huhu..kontroversi2...
aku taknak kontroversi kt blog ak..huhu
jika dikaji balik, korang dapat lihat
apa yang terkandung dalam satu malaysia tuh..
so, pandai-pandailah search sendiri untuk mencari kesahihan
sesuatu berita..ok..
(^.-)

bahkan,
dalam sesetengah bidang penulisan cerpen bahasa melayu pun
diorang guna bahasa inggeris sebagai penyedap cerita
sebagai contoh:
masa darjah enam dulu, saya pernah baca sebuah cerpen yang sangat best
yang bertajuk
"Malnutrisi Lisa dan Nuha"
if i'm not mistaken lah...=p
dan agak jenuh lah jugak saya fikir
apakah itu malnutrisi?
then masa masuk sekolah menengah barulah saya tahu
malnutrisi tu datangnya daripada perkataan
malnutrition...bahasa inggeris...
hailah...jenuh nk faham tajuk cerpen sastera..
-.-

dan lagi satu,
contoh yang mudah
yang ada di depan mata anda nih..
adakah anda fikir saya sedang berbahasa dengan anda menggunakan bahasa melayu
sepenuhnya??
(^_^)
of course tidak...

well
jangan ditanya mengapa


sebab sebelum tanya saya
baik tanya diri anda dulu..
1.kenapa tak taip mesej lam tepon gune bahasa melayu baku??
2.kenapa tak bercakap dengan rakan sebilik gune bahasa melayu standard??
then, u will know my answer from ur answer...
(^_^)



p/s: ak pun heran,,nape ak tulis sal mende nih...
lame..
ak tahu..
so sape yang rase tak puas hati,,
ehem
harap dimaafkan diri ini..
(^_^)



Thursday, March 17, 2011

..somnambulisme??..

malam itu...=D

assalamualaikum..
ehem..
bile bace jer pasal post cik zuraidah kiter
yang pasal asrama diceroboh
hari tu, terus teringat nak citer sal
kisah nih..
story yang agak pelik yang terjadi kat diri saya
ho ho ho

kisahnya bermula......
ok fine
disebabkan saya nih tak pandai bercerita
dan hanya pandai merapu jer
biar lah saya hikayatkan menggunakan
bahasa dan cara saya jer..
p/s: jangan marah n pening ye..=D

beberapa malam selepas
kejadian pecah masuk kat asrama kitorang
kami semua dikejutkan dengan berita yang menyedihkan
salah seorang ayah kepada sahabat saya
telah pulang ke rahmatullah
innalillahi wainna ilahi rajiuun..
semoga roh nya dicucuri rahmat...
amiin..

sangat lena taw..=p

nak dipendekkan cerita
malam tu saya tidur awal,
after sedekahkan yaasiin buat arwah
saya tertidur depan laptop
meninggalkan rumate yang masih lagi mengadap laptop
saya mengadap gak taw..cuma mata jer pejam..=D
then saya hanya tersedar bila jam 5.00 a.m
tengok-tengok rumate saya still lagi tengok movie kat laptop dia
huh, tak tido lagi rupenye budak nih...huhu
then saya pun ubah posisi untuk sambung tidur..=D
p/s: bila lah nak berubah? bangkit untuk qiam ke..huhu

and the next day,
saya sangat-sangat terkejut!
sangat ok..
coz rumate saya cakap
malam yang saya tidur awal tuh
saya bangun temankan dia pergi toilet!
subhanallah..!
saya tak sedar pun yang saya pernah bangun pukul 3 pagi temankan dia pergi tandas
sungguh!
dia siap cakap saya berjalan iktu dia jer
sambil mata terbukak!
macam karakter lisa surihani yang berjalan lam tidur lam i'm not single tuh.. huhu
ok bab temankan tu
saya tak kisah sangat
tapi yang saya sangat kisahkan
sangat-sangat kisahkan
ialah
dia cakap saya siap masuk toilet lagi!
uhuk!
scary...

saya bermati-matian
menafikan dakwaan tersebut..huhu
tapi
saya malas nak panjangkan isu..
rumate saya pun dah cuak..hahaha
nak jer cakap yang
bahawasanya yang temankan dia tu bukan saya..
huhu
tapi takut dia dah tak balik maktab lagi dah..huhu
dia nih lemah semangat sikit..
ok ak pun sama 2x5..huhu

btw,
bila saya citer kisah nih kat
ketua blok a.k.a my classmate
dia relatekan dengan kejadian pecah masuk..
ok memang lah ustaz fuad ader cakap yang
kejadian pecah masuk tuh mungkin bukan manusia
tapi
agak2 r..
buat seram aku jer ketua blok nih...huhu

fikir-fikir balik
adakah saya ni somnambulisme??
atau
istilah lainnya
sleep walker?
atau lebih senang
berjalan dalam tidur
uhuk!
x mau..=(

sleep walker..

depress sangat ke aku nih??
sampai berjalan lam tidur??
hm....

saya cuba-cuba gak
google kat internet pasal penyakit pelik nih..
dan lebih mencuakkan diri saya..
berjalan dalam tidur nih dikaitkan pulak dengan
gangguan makhluk Allah yang lain..
huwaaaa!
makin aku cuak
menyesal ak google!

and tetibe terjumpe
satu artikel yang sangat menarik..=)
adab-adab tidur cara Islam..
rupa-rupanya
ada jer hikmah kenapa benda nih terjadi..
simple..
supaya saya muhasabah
cara tidur saya balik..
ha.ha.ha
umur dah 20 tahu
tapi cara-cara tidur un tak lulus!
buat malu jer aku nih..=D



cara-cara tidur islam iala
h.
1. Kita sebaiknya tidur dalam keadaan sudah berwudhu, sebagaimana hadits: “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710).

2. Sebelum tidur, hendaknya mengibaskan tempat tidur (membersihkan tempat tidur dari kotoran). Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan ‘bismillah’, karena ia tidak tahu apa yang terjadi sepeninggalnya tadi.” (HR. Al Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, At-Tirmidzi No. 3401 dan Abu Dawud No. 5050).

3. Untuk posisi tidur, sebaiknya posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Tidak menjadi masalah jika pada saat tidur nanti posisi kita berubah ke atas sisi kiri. Hal ini berdasarkan sabda Rosululloh: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710). “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350).

4. Ada yang berpendapat bahwa posisi tidur diusahakan agar kepala menghadap ke Utara dan kaki mengarah ke Selatan, sehingga tubuh tidak menolak arus/medan magnet konstan yang mengaliri sekujur tubuh dari kutub magnetik Utara menuju ke Selatan. Untuk yang satu ini masih berupa saran/pendapat, saya belum menemukan haditsnya.

5. Apabila merasa gelisah, risau, merasa takut ketika tidur malam atau merasa kesepian maka dianjurkan sekali baginya untuk berdoa sebagai berikut: “A’udzu bikalimaatillahi attammati min ghadhabihi wa ‘iqaabihi wa syarri ‘ibaadihi wa min hamazaatisysyayaathiin wa ayyahdhuruun.” Yang artinya “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, siksa-Nya, dari kejahatan hamba-hamba-Nya, dari godaan para syaitan dan dari kedatangan mereka kepadaku.” (HR. Abu Dawud No. 3893, At-Tirmidzi No. 3528 dan lainnya).

6. Pada saat tidur tidak boleh telanjang berdasarkan hadits berikut : “Tidak diperbolehkan tidur hanya dengan memakai selimut, tanpa memakai busana apa-apa”. (HR. Muslim).

7. Laki2 dengan laki2 atau wanita dengan wanita tidak boleh tidur dalam satu selimut seperti hadits berikut : “Tidak diperbolehkan bagi laki-laki tidur berdua (begitu juga wanita) dalam satu selimut”. (HR. Muslim).

8. Setelah bangun tidur, disunnahkan mengusap bekas tidur yang ada di wajah maupun tangan berdasarkan hadits berikut : “Maka bangunlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya.” [HR. Muslim No. 763 (182)].

9. Jika bermimpi buruk, jangan sekali-kali menceritakannya pada siapapun kemudian meludah ke kiri tiga kali (diriwayatkan Muslim IV/1772), dan memohon perlindungan kepada Alloh dari godaan syaitan yang terkutuk dan dari keburukan mimpi yang dilihat. (Itu dilakukan sebanyak tiga kali) (diriwayatkan Muslim IV/1772-1773). Hendaknya berpindah posisi tidurnya dari sisi sebelumnya. (diriwayatkan Muslim IV/1773). Atau bangun dan shalat bila mau. (diriwayatkan Muslim IV/1773).

10. Bersiwak setelah bangun berdasarkan hadits berikut : “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255).

11. Beristinsyaq dan beristintsaar (menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung). “Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka beristintsaarlah tiga kali karena sesunggguhnya syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No. 3295 dan Muslim No. 238).

12. Mencuci kedua tangan tiga kali, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah ia memasukkan tangannya ke dalam bejana, sebelum ia mencucinya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari No. 162 dan Muslim No.278).


Sunday, March 13, 2011

i l0ve him!



salam..
post ni sebenarnya dah lama nak tulis
tapi baru hari ni berkesempatan..

pagi sabtu lepas alhamdulillah..
selmt menjejakkan kaki kat bumi kelantan..
(^_^)
p/s: even bas lambt gler smpai..tensen..udah lah hujan..=(
waaupun sampai kul 10 pg
and ada orang jemput tapi
terpaksa stay kat kb lagi coz
nak kena ambik adik
yg tuisyen kt kb..

nak dijadikan cerita
my ayah salah bagi informasi kat
orang yang jemput saya
and orang yang jemput saya dan adik ialah my brother
yang sangat kepala angin,,ha4
p/s: jahatnye ak..ktuk2 abang aku..huhu
well,
disebabkan dia ader kerja yang x siap2 rg
dia sibuk duk marah-marah lam kete
and
saya lak ase cam nak nangis,,,
saya sayang ayah saya..
jangan marah2 boleh tak..?



saya sayang ayah saya
walaupun ayah saya pernah jer pulas telinga saya
tyme saya dapat tempat keempat lam kelas
mase sekolah rendah dulu..
dan sekarg saya dah tkut untuk gagal..
mugkin kenangan lampau memotivasikan saya..

saya sayang ayah saya
walaupun ayah saya pernah
marah bila saya mintak dia hantar saya tuisyen
masa form four dulu
dan sekarg saya dah tak berani mintak apa2 dari ayah..
bermula dari saat itu, saya cuba untuk berdikari..

saya sayang ayah saya
walaupun dia marah saya hanya dapat 8A instead of 13A
lam spm dulu
dan sekarng saya cuba untuk memuaskan hati ayah
sangat2 mencuba sampai sekarang

saya sayang ayah saya
walaupun saya dan dia tak pernah berbual mesra
berbual sepanjang masa
macam family orang lain
dan sekarang sya cuba untuk
membuang ketakutan yang ada
cuba untuk berbual dengan ayah

saya sayang ayah saya
walaupun kata-kata dia
kadang-kadang menusuk hati..
dan sekarang ni saya buat bodoh jer dengan kata-kata ayah...



saya sedih bila
ada orang mengutuk ayah saya
jangan kutuk ayah saya!

saya sedih
bila abang saya
marah-marah
jangan marah ayah..
ayah nampak aje kuat tapi siapa tahu dalam hati dia??

saya sedih bila
terkenang jerit perih
ayah bekerja demi family
ayah sangat workaholic..

saya sedih bila
saya tengok ayah dah semakin kurus dan tak bermaya
ayah selalu jer migrain..

saya sedih bila
teringat perbuatan saya dan sisters
yang suka menyendiri dalam bilik bila ayah ada kat ruang tamu



saya sedih bila
saya sedar yang kemungkinan besar
my brother jarang bercakap ngan ayah
siapa lagi yang ayah boleh jadikan kawan kalau bukan anak lelaki dia??
kesian ayah

saya sedih bila
saya sedar yang takde sape yang boleh
selami hati ayah

saya sedih bila
saya teringat yang saya takut nak bagi present kat ayah
saya takut ayah kecik ati ngan saya

saya sedih bila
teringatkan ayah...

Ya Allah
ampunkan dosaku
ampunkan dosa ayahku
tempatkan ayahku dalam kalangaan orang-orang yang beriman
berikan kebahagiaan terhadap dirinya
jadikanku seorang anak yang solehah buat kedua ibu bapaku..
sesungguhnya
aku terlalu cinta dia...



I LOVE HIM
because he is my AYAH..



Friday, February 25, 2011

~everything is possible~





salam..
akhirnye hari yang sangat memenatkan
bakal berakhir jugak
err..tak lama lagi..!
huhu
p/s: leh tak aku nak buat-buat lupe sal karnival permainan tradisional esok? =p

mase dalam kelas Falsafah Pendidikan di Malaysia tadi
tiba-tiba jer satu isu yang saya kira
cukup hot dibangkitkan..

kawan saya: cikgu kenapa sekolah untuk perempuan mengandung ditubuhkn?
(lebih kurang la...aku pun tak ingat sangat)

dan
macam biasa lah..
kalau pensyarah sibuk ber'syarah' kat depan,
saya dan teman-teman sibuk berdiskusi kat belakang..
ha4
(^_^)

dan masa itu lah saya tahu
rupa-rupanya ada jugak sekolah yang macam sekolah harapan tu kat tempat lain!
cuma nama dan pattern@sistem jer berbeza
alah sistem macam Pusat Pemulihan Akhlak tuh..

kawan saya ada bagitau..
kakak dia keje sebagai cikgu kat sekolah tuh..
and of course lah kerajaan..tak yah tanya lah..
huhu

apa yang saya sibuk duk
bising-bising kat belakang tuh
ialah pasal...
anda rasa
kemungkinan besar
akan wujud tak sekolah untuk anak-anak luar nikah???
(-.-)
hm...

possible...
sebabnya simple..
kalau sekarang ni pun kita berhabis-habisan
membela nasib permpuan yang telah melakukan hubungan terlarang dan termengandung
maka tak mustahil suatu hari nanti
anak-anak diorang pun kita bela..
kasihan kononnnya..

well,
tadi pun, ada ulasan mengatakan rasionalnya
penubuhan sekolah harapan tuh..
katanya:
"kalau budak-budak perempuan yang mengandung tuh berada kat sekolah biasa,
kemungkinan besar diorang akan rasa tertekan dengan cemuhan masyarakat.
tapi kalau mereka ni ditempatkan kat sebuah sekolah yang
menempatkan rakan-rakan mereka yang sama perangai dan kisah silam
maka diorang nih takkan rasa tersisih lagi.."

at first
yes i agree
but,
to think again
nope...saya tak berapa setuju
why?

sebab
suasana mempengaruhi perkembangan hidup manusia..
p/s: heh itu yg aku blajar lam subjek Perkmbangan Awal kanan-kanak,,huhu

kalau mereka ini ditarbiah dalam suasana yang kurangnya
suasana agama, maka hasilnya pastilah kurang memuaskan.
seperti mana cerita kawan saya yang mempunyai kakak tadi..
menurutnya,
majoriti budak-budak perempuan ni
tak berubah dan masih kekal dengan perangai lama
malah tanpa segan silu menceritakan tentang
kehebatan kisah silam sisi hitam mereka..
hailah...

betul lah
kalau diorang ni kat sekolah harian biasa
kemungkinan besar diorang ni akan tertekan
sebab sentiasa dipandang rendah
tapi kadang-kadang
reaksi tipikal orang Melayu yang macam nilah
yang dapat didik diorang..

bandingkan isu tentang gejala sosial yang seperti ini
antara zaman atok opah kita dulu dengan KINI..
kalau dulu, bila seseorang perempuan tu melakukan hubungan terkutuk
dan sehingga melahirkan zuriat
masyarakat akan berbicara
dan pastilah bicara mereka tidak
tidak kurang bisanya dari jelatang

apabila norma kehidupan dilihat pincang
isu bicara masyarakat ni dikira normal
tapi jika norma kehidupan yang dulunya dianggap pincang
tapi sekarang dianggap biasa,
yang membuatkan masyarakat lali dengan perkara ini,
ha..itulah yang dianggap tidak normal!


samalah juga
dengan halnya isu remaja yang terlanjur
dan termengandung dan terberanak
sekarang ni, perkara itu menjadi lali di telinga-telinga masyarakat
apa tidaknya,
cuba anda jenguk-jenguk jiran sebelah rumah..
saya pasti perkara ni ada jer berlaku kat kampung anda
sama ada anda sedar atau tak je..

and one more thing
dikatakan, mereka ni diberikan pendidikan percuma
dan serba serbilah percuma bila register masuk kat sekolah-sekolah seumpama ini
sampai berus gigi + ubat gigi pun free u...
p/s: semestinya aku jeles! ha4

persoalannya,
apa yang membuatkan diorang ni istimewa sangat sampai
dapat hak-hak istimewa melebihi orang lain..???
ok lah,
mungkin kita berpendapat diorang ni harus dipandu ke arah kebaikan,
kasihan pada mereka sebab tersasar dari jalan Allah,
mesti bantu diorang dari sudut keyakinan diri,
yada,yada...


malah
kita pulak kena simpati kat diorang
ha.ha.ha
malah mereka ni diberi kekuatan dan sokongan
"jangan malu mengaku yang anda pernah terlanjur termengandung.."
pernah tengok tak ada artis mengaku yang dia tu anak luar nikah..?
ish..ish..ish
jadi beberapa tahun akan datang tak mustahil wujudnya
sekolah untuk anak-anak luar nikah kan..?



sebab ibu diorang pun ada sekolah khas untuk membela nasib mereka
hailah..

betul lah..
masalah yang yang diselesaikan tanpa mengambil kira akar umbi dan punca
akan sentiasa menjadi masalah berantai!
akuilah akan kebenaran hakikat cara Islam:
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
dan
dunia takkan aman jika hukum manusia melebihi hukum Allah.



ok fine..
saya pun pening ngan kemerapuan saya nih..
kalau agak-agak dah pening + termuntah hijau
tyme baca entry kali ni..
abaikan jer entry nih..
huhu
make yourself comfortable,then..
(^_^)

created by: IE


=p..

;)..