Sunday, October 16, 2011

~i$timew@~

assalamualaikum.....
(^_^)



tersebut lah kisah, pada satu malam, kire-kire pukul 2 pagi,
ada seorang kawan ni telefon kawan dia

kawan ni : assalamualaikum..
kawan dia : waalaikumussalam..
kawan ni : tengah watpe?
kawan dia : baru jer selesai online dengan my love...
kawan ni : eh, bile mase awak ade kekasih?? saya tak tahu pun...!
kawan dia : dah lame dah...
kawan ni : hm..*nada tak puas hati* siapa kekasih awak tu?
kawan dia : Allah...baru jer selesai solat..
kawan ni : la...cakap lah dari tadi...aik, dah tengah malam baru solat isya'?
tak baik melewat=lewatkan solat....*bangga dapat nasihat nih..huhu*
kawan dia : saya tak cakap pun saya solat isya'...tapi kalau awak nak fikir yang saya
baru solat isya', terpulang.....-.-
kawan ni : erk...$_$

-.-
saya tak tahu kenapa cerita ini wujud..
huhu...
kadang-kadang manusia suka buat kesimpulan awal...
well,
hipotesis memang tak salah..
tapi su' zon tu yang salah...
kalau awak nak buat hipotesis,
sila buat dalam kertas soalan sains, biologi, fizik atau kimia jer...
ok...?
;D

hm..
perasan tak,
kita sebagai wanita selalu jer mengharapkan
jodoh yang baik?
p/s: tetibe jer lari topik..muaha4

tak payah pergi jauh
say pun macam tu..
hoho *cover malu*-.-


selalu jer dapat mesej yang berbunyi
"wahai wanita yang solehah, jangan risau akan jodohmu kerana
muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita
hanya dengan kecantikan atau lirikan senyuman,
pada bicara manja yang menggoda
pada pujuk rayu seorang wanita yang bisa meruntuhkan imannya.
sesungguhnya, lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita,
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa adam yang engkau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu,
kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan
dan adam yang hadir itu pasti akan melengkapkan
InsyaAllah, insan istimewa itu akan hadir dalam
hidupmu..."

phew....
panjang sungguh nasihat nih..
tapi apa yang saya ingin highlightkan bukan soal jodoh2 ni...
apa yang saya ingin tekankan di sini ialah perkataan solehah dan istimewa pada
untaian kata-kata di atas.
p/s: i dh besarkan tulisn tuh,,,xkan x nmpk2 lagi...-.- huhu

kita sering meminta sesuatu yang terbaik..
tapi pernah tak kita berfikir untuk menjadi yang terbaik juga?
pernahkah kita berfikir akukah wanita solehah itu?

kita selalu meminta sesuatu yang istimewa
namun pernah tak kita terlintas untuk menjadi istimewa juga?

jika kita sebagai wanita inginkan lelaki soleh
begitu juga lelaki...



jangan menuntut terlalu tinggi
andai diri jelas tidak berupaya,
mengapa mendamba suami setampan Yusof
andai kasih tak setulus Zulaikha?
mengapa mengharap suami seteguh Ibrahim
andai diri tak sekuat Hajar?
dan
usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
jika diri tidak sehebat Fatimah....
.....................
tapi
jika hari ini kita terasa ingin berubah,
jangan lengahkan..
mungkin itu adalah hidayah daripada Allah...
siapa tahu kan...



jika semalam aku tak berkesempatan untuk baca al-quran
kenapa tidak hari ini?
al-Quran kan love letter dari Rabb kita...

jika semalam aku tidak berkesempatan untuk tahajud atau bersolat sunat,
kenapa tidak hari ini?

jika semalam aku tidak berkesempatan untuk berzikir memuji Allah.
kenapa tidak hari ini?

jika semalam, aku masih lagi seorang fasik,
kenapa tidak hari ini aku menjadi mukmin?

dosa semalam kita jadikan sempadan
peluang hari ini kita jadikan satu loncatan
untuk kita raih MardhatiLLah...

sama-sama
mencari redha Allah...
(^_^)

dan tukarkan ungkapan di atas kepada

jika aku mendambakan lelaki setampan Yusof
kasih setulus Zulaikha akan aku usahakan,
aku mencari suami seteguh Ibrahim
lalu aku mesti menjadi wanita sekuat Hajar,
aku menginginkan lelaki seperti Ali karamaLLahuwajhah
maka aku harus mengikuti hebatnya Fatimah..



oleh itu,
jom sama-sama mengislahkan diri...
giatkan online kite ngan Allah...
(^_^)



4 comments:

  1. wahaha..'aen..maju dowh..hahaks..
    hmm..true..
    nk dapat yg soleh, aku yg kna jadi solehah dulu..
    jom berusaha ke arah itu..

    ReplyDelete
  2. cuti ni ramei senior sy yg kawen...[tetibe]

    uhu ain.rindu kamu ms.ked.jgn lupakan ak.syukran atas nasihat yg bermakna di atas sana.
    syukran.wa illaliqa'

    ReplyDelete
  3. ezne-chan...
    rindu kamu jugak!..uhuk3..
    ukhuwah fillah dear ezne-chan..=D

    ReplyDelete

=p..

;)..