Wednesday, October 27, 2010

..Ini ujiaN saYa..




Assalamualaikum ...
*sigh*
kenapa ya.. kadang-kadang kita akan
rasakan apa yang ada
still tak cukup..?

pernah tak anda rasakan yang
anda dah sehabis daya usaha dan usaha
tapi hasilnya tidak seberapa..?

pernah tak anda cemburu dengan rakan di sekeliling?

pernah tak anda rasa macam nak persoalkan
" kenapa dia tak study tapi boleh buat lebih baik daripada aku?"
p/s: katakanlah anda konon-konon study banyak daripada rakan anda la..;p

well....
i do feel like that!

and
i hate it!
(T_T)


kadang-kadang...
bila angin moody datang..
saya akan persoalkan
perjalanan hidup seorang saya.:)
mengapa begitu banyak ujian yang mendatang?

lalu apabila hati saya mula berdetik
sesuatu yang saya rasakan
kurang sihat untuk IMAN saya,
saya cuba positifkan fikiran...
neutralkan kesedihan...

tenanglah hati...
kerana Allah sendiri berfirman dalam kitabNya yang Kareem

"
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Al-Baqarah: 155"


lalu, siapa saya untuk mengeluh?
siapa saya untuk mempersoalkan setiap apa yang berlaku?

dan kini,
bagi saya
cukuplah kesabaran dan usaha yang berterusan...
usaha dan usaha dan terus berusaha..
bukankah Allah melihat kepada usaha yang kita lakukan
bukan pada hasilnya..

betul la tu..
tapi hati saya masih lagi dibolak balik oleh nafsu dan syaitan..
"tapi masyarakat di sekeliling tidak melihat benda tu semua kan..?"

"Ya Allah
tetapkanlah hatiku pada agamaMU"

lalu sekali lagi
saya beristighfar...
minda kembali mencerna sesuatu..
adakah saya hidup di dunia ini untuk mencari redha makhluk?
atau
mencari redha al-Khalik?

nah, dengan ini terjawablah persoalan
yang sering mengetuk kotak hati dan fikiran saya..
selagi hidup saya hanya untukNya
insyaAllah
walaupun hidup yang dilalui penuh dengan halangan dan ujian
segalanya pasti akan lancar..

kerana saya ada
DIA
(^_^)

ku minta bunga yang cantik,
tapi diberi kaktus berduri,
yang hanya akan melukakan diriku sendiri,
ku minta kehidupan yang berseri,
tapi hujan yang menimpa sepanjang hari

Kemudian,

setelah sekian lama,
akhirnya aku sedar bahawa aku telah mendapat bunga yang begitu indah sekali,
walaupun pada awalnya penuh dengan duri,
aku juga sedar bahawa kehidupanku amat berseri
kerna pada akhirnya aku dikurniakan sejalur pelangi,


p/s: saya harap suatu hari nanti pelangi itu
akan singgah di taman hidup saya;D


created by *aiN*










2 comments:

  1. like3...
    ana uwafiq..!!hehe..:)

    xsemestinye apa yg kita inginkan itu terbaik untuk kita..n xsemestinya pe yg kita xnak 2 xbaek untuk kita....sesungguhnya Allah Maha Mengetahui pe yg terbaik untuk hamba-Nya..

    all the best dear..:)

    ReplyDelete

=p..

;)..